Header Ads

Vivy Yusof Kena Kecam Sebab Tegur Orang Pakai Telekung Fake Untuk Solat


Kalau dulu kecoh dengan isu artis busted pakai atau beli barangan tiruan, kali ni usahawan wanita terkenal, Vivy Yusof dikatakan mengamuk sebab ada pihak ambil kesempatan menjual tudung dUck scarves tiruan!

Menerusi instastory Vivy, dia telah terpanggil untuk luahkan hal berkaitan jenama tudungnya yang dikatakan telah dieksploitasi oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Vivy jugak nampaknya bengang bila ada pelanggan yang sanggup pakai telekung tiruan untuk menunaikan solat.


“Semua ni adalah jenama tiruan dUCk. Kami tak jual produk ini dalam plastik macam tu je dan kami jugak tak buat ia di Vietnam, jadi tak timbul isu ini produk reject kilang! 

“Kita pakai tudung untuk agama. Jadilah seorang Muslim yang baik dan jangan sokong produk tiruan. Saya tak boleh faham macam mana orang boleh beli telekung fake UNTUK SOLAT,” tulisnya.

Macam manapun, komen Vivy ni telah mengundang rasa tak puas hati netizen yang anggap usahawan ni sentuh sensitiviti agama, tambah-tambah pulak mengenai solat. Tak cukup dengan itu, ada yang cakap produk yang dijual Vivy ni mahal sangat sebab tulah ramai lagi suka beli barang fake yang jauh lebih murah.



Tidak cepat melatah dengan apa yang berlaku, Vivy ambil jalan untuk explain hal tersebut kepada netizen yang mesejnya di Instagram supaya tak tersalah anggap. Bagi Vivy, terpulanglah jenama telekung apa yang pelanggan nak beli walaupun harganya murah pastikanlah ia original. Gituuuu…



Vivy juga ada menjelaskan sebab dia menolak produk tiruan kerana produk ni selalunya dibuat secara haram dan menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja. Disebabkan perkara ni, Vivy jadi was-was nak memakai produk tiruan untuk mendirikan solat.


Apa pendapat korang mengenai isu ni? Kalau pakai tudung atau telekung fake, adakah perkara ni affect ibadah kita? Terpulanglah kepada diri masing-masing.

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.