Header Ads

Tangan Gergasi ‘Golden Bridge’ Tarikan Terbaru Vietnam


Bila sebut je Vietnam mesti ramai terfikir pasal kain-kain murah dan kopi Vietnam dorang yang sedap tu. Tapi sekarang dah ada satu lagi tarikan baru yang lebih menarik di negara ni. Baru-baru ni sebuah jambatan sepanjang 150 meter telah dibina di pinggir gunung kat Da Nang, Vietnam.

Apa yang menakjubkan, ia dibina seolah-olah macam ada sepasang tangan gergasi memegang jambatan emas tersebut. Pemandangan kat sini memang nampak sangat cantik dan ia dah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.


Jambatan yang cantik dihias dengan bunga Lobelia Chrysanthemum ni dikenali sebagai Cau Vang atau Golden Bridge. Berdiri 1,400 meter dari aras laut, pelancong yang berkunjung ke sini mesti puas hati dengan pemandangan mengagumkan kat jambatan ni.

Reka bentuk jambatan ni diilhamkan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai TA Landscape Architechture dan pembinaan berjaya disiapkan dalam tempoh satu tahun. Lebih menarik, tangan besar yang nampak macam batu yang diukir tu sebenarnya bukan batu tau!


“Kami design rangka tangan tu dan tutup dengan steel mesh ataupun jerat besi. Kemudian kami buat kemasan guna gentian kaca (fiberglass). Keseluruhan jambatan ambil masa lebih kurang setahun,” kata wakil TA Landscape Architecture.


“Jambatan ni dicipta supaya nampak macam jalan atas langit, di sebalik kabus dan tanah bukit-bukit yang nampak macam fairy-tale.”

Pembinaan jambatan ni adalah sebahagian daripada pelaburan USD 2 juta oleh kerajaan Vietnam untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Ia adalah satu inisiatif untuk membawa lebih ramai pelawat ke kawasan tu setiap tahun.


Tak sia-sia dorang melabur banyak-banyak sebab tempat ni memang jadi tumpuan ramai pelancong sekarang.

Jadi bagi korang yang suka melancong, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Golden Brigde ni. Cool gila!


Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.