Header Ads

SUHAKAM Bantah Kerajaan Terengganu Hukum Lesbian


Baru-baru ni Berita Harian melaporkan bahawa dua orang wanita dijatuhi hukuman denda berjumlah RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas cubaan melakukan hubungan sejenis dalam kereta.

Tertuduh yang berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman penjara empat bulan kalau gagal menjelaskan denda tu. Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.


Pun begitu, nampaknya ada yang tak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas dua orang lesbian tu. Menurut mStar, Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyelar keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Terengganu sebab katanya hukuman tu memalukan lesbian tersebut.

“Hukuman seperti itu memalukan, merendahkan martabat dan percubaan untuk memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.”

“Ia sekali gus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama.”


“SUHAKAM menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa.”

SUHAKAM juga mendakwa bahawa penafsiran hukuman dalam agama yang diterapkan pada zaman dahulu juga tidak boleh mengabaikan evolusi atau peradaban tamadun hari ini.

Sumber : Lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.