Header Ads

“Saya suka sangat lelaki hisap rokok, rasa macam nak cium”


Jarang kita jumpa atau dengar cici-ciri lelaki idaman seorang perempuan tu adalah ‘seorang perokok’.

Tapi nampaknya bukan semua macam tu. Berdasarkan perkongsian di Twitter, seorang wanita ni mengaku yang dia suka sangat dengan lelaki yang merokok. Katanya lelaki yang merokok ni nampak menarik sampai rasa macam nak cium.


Bunyi macam tak logik je seorang perempuan suka lelaki perokok, tapi rupanya ramai lagi yang bersetuju dengan wanita tu. Dorang rasa macam lelaki perokok ni nampak sangat hot dan suka tengok dorang hembus asap rokok. Erkkkk…


Bila ramai perempuan turut mengaku dorang suka sangat tengok lelaki yang merokok, berduyun-duyunlah perokok tampilkan diri nak mengorat. Katanya tak sangka dorang yang merokok ni masih ada harapan untuk disukai oleh perempuan.


Pun begitu, ramai jugak yang kutuk wanita tu dan melabelnya sebagai bangang sebab suka lelaki perokok. Ada yang mengingatkan bahawa second-person smoker macam dorang yang suka hidu bau asap rokok tu akan lebih cepat meninggal daripada orang yang merokok.


Merokok ni bahaya untuk kesihatan. Seeloknya janganlah keluarkan kenyataan macam ni yang menggalakkan orang merokok.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.