Header Ads

Remaja 13 Tahun Mengaku Dah ‘Layan’ 10 Lelaki


Baru umur 13 tahun, seorang pelajar perempuan di Batu Pahat mengaku yang dia dah melayani kira-kira 10 orang lelaki! Bukan sekadar bersama, budak perempuan tu juga merakam setiap aksinya dengan lelaki-lelaki yang ditiduri, lapor Harian Metro.

Diselamatkan oleh guru kaunseling pada bulan Julai yang lalu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menceritakan bahawa budak tu juga mengaku yang dia dah melakukan lebih dari 20 kali persetubuhan sebelum ni. Ini termasuk dengan lebih dari seorang lelaki dalam satu masa.


Menurut pelajar perempuan 13 tahun ni, semua kegiatannya dibuat atas dasar suka sama suka sejak akhir 2017 di rumah datuk dia kat Ayer Hitam. Wahib memaklumkan bahawa Op Remaja dilancarkan sejak Khamis sehingga Ahad lalu dan 11 suspek berjaya ditahan. Dorang adalah remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang disyaki terbabit merogol pelajar perempuan berkenaan.

Seramai empat pelajar ditangkap di kawasan sekolah sekitar Batu Pahat dan tujuh lagi pelajar ditangkap di rumah. Mangsa tinggal bersama datuk dan neneknya manakala ibu, bapa serta adik-beradik lain tinggal di luar Johor. Mangsa anak sulung daripada lima beradik.

Kali pertama melakukan hubungan seks ialah bersama rakannya berumur 14 tahun. Kejadian berlaku di bilik tidur mangsa, rakannya yang turut mengambil rakaman video ketika mangsa melakukan hubungan seks.


Mangsa mengaku mengambil rakaman video semasa melakukan hubungan seks. Kali terakhir mangsa melakukan hubungan seks ialah pada 18 Jun lalu di tandas bahagian luar rumah datuknya.

Awalnya dibawa ke klinik kerana disyaki dirogol, hasil pemeriksaan oleh pakar di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Ujian air kencing pula mengesahkan mangsa tidak mengandung.


Guru kaunseling itu seterusnya membawa mangsa ke HSNI untuk merawat masalah ketagihan seks oleh mangsa termasuk ketika Ramadan lalu di tandas rumah datuknya secara bergilir-gilir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol secara berkumpulan. Jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun.

Kesiannya kecik-kecik dah ketagih seks….

NOTA: Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Sumber:lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.