Header Ads

‘Perfect Life’ Lah Sangatkan Tapi Hakikatnya Curi Gambar Anak Orang


Semua orang kat dunia ni pasti mengimpikan kehidupan yang ‘perfect’ dan bahagia. Tapi yang peliknya ada pulak sejenis manusia yang sanggup curi gambar orang lain demi nak tunjuk kehidupannya bahagia dan indah di media sosial. Ish, ish, ish!

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang ibu bernama Ereka terkejut terima direct message daripada rakan yang beritahu gambar anaknya ada dekat Facebook orang lain. Lagi pelik, nama anaknya pulak dah bertukar daripada Razeef Amzar ke nama Luth. Aik macam mana tu? 




Lebih menakutkan, hampir kesemua gambar anak Ereka ada di Facebook wanita misteri tu hinggakan video anaknya dimandikan semasa kecil pun ada dalam page Facebook tersebut menggunakan kapsyen yang seolah-olah budak tu memang anaknya sendiri. Ahhh scarynya! 



Ereka menganggap wanita tersebut sebagai pelik dan sedang mencipta versi kehidupan ‘perfect’ dengan mencuri gambar daripada orang lain.


Kecewa dengan situasi yang menimpa, ibu ini menyampaikan pesan buat si pencuri gambar anaknya. Bagi Ereka, tak ada faedah cuba create hidup perfect kat media sosial ni. Lebih baik upgrade diri dengan mendekatkan diri dengan Allah.


Posting ni mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata merasakan wanita misteri tersebut seorang psiko dan sangat menakutkan. Tapi ada jugak yang buat spekulasi konon wanita tu ada masalah mental dan baru kehilangan anak bernama Luth. Hmm kesian pulak kalau betul kan? 


Apa-apapun admin harap ibu bapa kat luar sana berhati-hatilah kalau nak post gambar anak kat media sosial. Takut-takut jadi macam ni pulak. Lagi bahaya kalau gambar anak jatuh ke tangan pedofilia! 

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.