Header Ads

Pelajar Kongsi Kisah Trauma Belajar Memandu Dengan Guru Gatal Merenyam!


Baru-baru ni, ada seorang pengguna kat Twitter bernama Joe yang saja tanya kalau ada orang yang mempunyai pengalaman gangguan seksual kat driving school. Memeranjatkan sebab ramai gila yang share kisah dorang!

Perbuatan guru memandu ni melampau gila sebab berani untuk raba dada pelajar tu, siap ambil tangan pelajar dan letak tangan budak tu dekat celah kelangkang dia! Ewww…


Ni pulak boleh guru memandu tu tanya dah pernah buat ‘ehem’ dengan boyfriend ke tak. Siap boleh buat posisi lucah sampai pelajar ni tak habis ambil lesen sebab geram sangat!



Korang jangan terperanjat tau sebab pelajar lelaki pun ada yang kena kacau jugak!



Ada pelajar jugak cerita yang guru memandu tu gesel-gesel peha sambil ajak pelajar tu balik rumah! Pelajar ni apa lagi terus balik mengadu kat mak dia dan keesokan harinya dorang pergi pejabat sekolah memandu tu nak mintak tukar guru perempuan.

Rupanya cikgu tadi tu memang dah ada banyak complain siap isteri dia pernah datang serang sebab dia menggatal dengan student! OMG!

Ada pelajar yang tak tahu tu gangguan seksual, tapi cikgu tu memang asyik pegang tangan dia dan siap tepuk-tepuk punggung lagi! Seramnya!


Ada satu kes pulak bila guru memandu ni berperwatakan alim. Satu hari ni dia tekan-tekan tapak tangan student tu dan tanya kalau selalu sakit senggugut tapi student ni diamkan je. Tak sangka beberapa hari lepas tu, dia ajak student ni masuk bilik dia dan kunci pintu.

Kononnya dia nak urut bagi hilangkan kesakitan tu. Yang menakutkan dia urut masuk sampai dalam baju dan siap buka bra lagi! Pelajar ni yang ketakutan hanya mampu mendiamkan diri dan mesej kat kawan dia je. Lepas tu, terus dia report dan guru pemandu tu boleh call mintak maaf je. Ish!

Cerita student ni agak legend sikit. Disebabkan geram pehanya diramas oleh guru pemandu, dia terus pulas stereng sampai masuk dalam parit! Gilalah!


Seorang guru pemandu ni lawak sangat, dia sempat baca mantera lepas tu cium dahi student tu nak bagi lulus! Tapi yang kelakarnya ending dia student tu gagal!


Kalau korang nak tahu, banyak je kes gangguan seksual yang terjadi masa belajar memandu. Kalau nak baca lagi banyak kisah ni, korang boleh baca thread si Joe kat Twitter dia.

Kesian student terpaksa hadap perangai merenyam guru memandu ni sebab nak dapatkan lesen.

Sumber ; lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.