Header Ads

Pasangan Ini Dipaksa Minum Air Kencing Kerana Perkahwinan Tak Direstui


Menurut Astro Awani, pasangan dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India ni berkahwin walaupun mendapat tentangan keluarga. Akibatnya, dorang dibelasah dan dipaksa minum air kencing. Serius la??

Hubungan dorang ni mendapat tentangan daripada ibu bapa pengantin perempuan. Walaupun tak dapat persetujuan, pasangan suami isteri ni yang masing-masing baru berusia 23 tahun dan 21 tahun dilaporkan berkahwin pada Mei lalu. Demi cinta…

Lelaki ini cuba meredakan kemarahan keluarga mentua dia dengan memberikan wang tunai berjumlah Rs. 70,000 (RM4,141) serta dua ekor kambing. Walaupun pemberian dia tu diterima pihak perempuan namun pasangan muda terbabit still diserang.


Vikas Kapis, seorang pegawai polis tempatan menjelaskan yang pasangan tu melarikan diri ke Gujerat lepas berkahwin, tapi balik semula beberapa minggu kemudian dan tinggal kat rumah bapa saudara lelaki tu.

Tapi malangnya berita tu sampai ke pengetahuan pihak perempuan dan dorang bertindak menculik pasangan tu pada jam 4 pagi waktu tempatan, pada 25 Julai lalu. Pasangan tu mendakwa yang penyerang mengacukan pistol sebelum membelasah dorang.

Rakaman video diambil oleh salah seorang penyerang menunjukkan yang lelaki tu diikat pada sebatang tiang. Lagi teruk bila rambut si isteri telah digunting dan pakaian dia turut dilucutkan.

Penyerang menegaskan tindakan mereka adalah sebagai hukuman kepada pasangan terbabit kerana mencemarkan maruah keluarga. Ish ish…


Aduan polis dah pun dibuat mangsa terhadap bapa pengantin perempuan, dua bapa saudaranya serta tiga individu lain. Setakat ni, dua individu telah diberkas untuk siasatan lanjut.

Kalau ya pun marah, takkan lah sampai buat anak sendiri macam tu…

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.