Header Ads

Narathiwat Perketat Syarat Poligami. Nampaknya Susahlah Nak Kahwin Dekat Sempadan Ni


Trend kahwin di sempadan ni jadi pilihan apabila sebuah perkahwinan tu tak direstui ataupun si suami nak tambah lagi satu. Tapi sekarang, pasangan Malaysia yang nak kahwin di sempadan mungkin ada sedikit masalah selepas Majlis Agama Islam Narathiwat perketat syarat berkahwin kepada pasangan yang nak berpoligami.

Menurut Projek MM, arahan ni telah dikeluarkan kepada semua kadi bertauliah dalam pertemuan di pejabat majlis tu bulan lepas.


Tambah sumber, pasangan dari Malaysia yang nak berkahwin kena bagi dokumen termasuk surat kelulusan poligami dulu daripada pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum akad nikah. 

Semua proses ni penting supaya tak ada lagi masalah timbul lepas perkahwinan ini. Perkara ni jugak merujuk kepada isu budak 11 tahun yang bernikah pada 18 Jun lepas.


So kepada yang nak kahwin tu, lebih baik sediakan dokumen penting siap-siap untuk elak sebarang masalah. Lagi elok kalau kahwin di Malaysia secara baik dan mintak kebenaran isteri pertama dengan saluran yang betul. Perkahwinan bukan hal main-main tau!

Lepas ni si suami fikir dua tiga kalilah kalau nak kahwin dengan isteri baru di sempadan….

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.