Header Ads

Luah Rasa Bengang Kena Tahan Dengan Guard Masjid Putrajaya, Tapi Sebaliknya Pulak Yang Jadi


Sebagai seorang Islam, semua tahu yang kalau kita nak masuk ke masjid mestilah kena menutup aurat. Seorang gadis kat Twitter ni meluahkan rasa bengangnya ketika melawat dekat masjid Putrajaya.



Ditahan dan disoal pengawal masjid

Gadis ni bengang sebabnya dia dah tutup aurat dari atas ke bawah tapi masih ditahan dan disoal oleh pengawal di situ. Dia turut memarahi prosedur tu sebab dia pergi ke sana untuk solat tapi kenapa perlu menyoal panjang mengenai auratnya. Dah peraturan kan…


Selain tu, gadis ni yang baru pulang ke Malaysia selepas dua tahun berasa geram sebab sepanjang lawatan dia ke masjid di negara lain seperti Turki, China, London dan lain-lain lagi, tak ada pun yang strict dan menerima dia dengan tangan terbuka.


Gadis tu juga menyoal kenapa ada wanita lain yang memakai baju lengan tiga suku dan lelaki memakai seluar pendek dibenarkan masuk. Dia marah jugak sebab pengawal tu cakap kasar dengan dia walaupun boleh je tegur secara elok.

Sebabkan gadis ni berdegil solat jugak dekat situ, pengawal tersebut cakap sesuatu yang tak sepatutnya dicakap oleh orang masjid.

“Jangan datang sini lagi”


Dapat reaksi negatif

Namun luahan kemarahan dia tu sebaliknya mendapat reaksi negatif daripada netizen yang rata-ratanya tak puas hati dengan perlakuan dia yang tak mematuhi peraturan ditetapkan.



Pun begitu, ramai jugak yang back up gadis ni dan cakap yang pengawal tu boleh je tegur elok-elok dan tak perlu menjerit. Betul jugak tu…



Apa pendapat korang dengan isu ni? Patut ke gadis ni dimarah atau memang sepatutnya dia pakai je jubah tu?

Sumber : Lobakmerah / Twitter

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.