Header Ads

JIJIK! Pemandu Grab Usya Seluar Dalam Wanita, Siap Boleh Tanya Lagi Warna Apa


Kaum perempuan yang naik Grab memang betul-betul kena extra careful zaman sekarang. Kes macam ni boleh jadi dekat sesiapa je. Adoi! Melalui perkongsian seorang wanita di Twitter, dia menceritakan pengalaman mengerikan masa naik Grab baru-baru ni. 


Katanya, sepanjang guna perkhidmatan Grab, inilah pengalaman yang paling menakutkan sebab pemandu tersebut membuat gangguan seksual dan membuatkan dia rasa tak selesa serta tak selamat.

Pemandu tersebut mengambilnya dari rumah ke kondo milik rakannya dan dari awal, pemandu tu yang bercakap dalam dialek Kelantan cuba berbual dengannya.


“Saya boleh nampak seluar dalam kamu”


Puji wanita tersebut berbau wangi


Bukan itu je, pemandu tersebut turut bertanya berkali-kali sekiranya wanita itu baru lepas mandi sebab berbau wangi dan meminta wanita itu untuk bercakap dalam bahasa Mandarin sebab kedengaran cantik.


Wanita itu turut memberitahu dia boleh rasa macam pemandu tu tenung kakinya padahal dia duduk betul-betul di belakang pemandu.

Pemandu bagi ‘nasihat’


Tak cukup dengan tu, pemandu miang tersebut siap beri ‘nasihat’ dan beritahu kepada wanita terbabit yang dia kena duduk elok-elok untuk jaga kemaluan sedangkan wanita tersebut duduk dalam keadaan silang kaki.

Pemandu tersebut turut beritahu yang dia boleh nampak seluar dalam dan kemaluannya serta bertanya berkali-kali pasal warna seluar dalamnya. OMG!

Bagi satu bintang sebab servis tak memuaskan


Wanita itu turut mendedahkan wajah pemandu terbabit sebagai amaran untuk wanita lain supaya lebih berhati-hati.


Langkah keselamatan kalau mengalami situasi yang sama


Grab dah beri maklum balas


Alahai, rosakkan nama pemandu Grab je. Harap tindakan yang sewajarnya diambil cepat-cepat.

Sumber : lobakmerah / Twitter

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.