Header Ads

Jijik! Bukan Nak Membeli Barang Tapi Datang Kedai Laptop Semata Nak Tengok Porn


Baru-baru ni tular satu video menunjukkan seorang lelaki duk layan benda yang tak sepatutnya kat kedai komputer, lapor mStar. Macam pelanggan lain jugak, lelaki ni masuk kedai dan tengok laptop.

Tapi dia bukan tengok fungsi laptop Macbook tapi tengok video lucah! Selamba je buka video tak senonoh kat skrin komputer dalam kedai, lelaki berkenaan katanya sering kali menonton klip lucah kat beberapa kedai komputer lain jugak. Eeewwwww!

Dalam rakaman CCTV yang didapati, lelaki pura-pura jadi pelanggan di sebuah cawangan kedai komputer terletak kat Buriram, Thailand tu nampak sedang asyik tengok video seorang wanita buat aksi lucah kat laptop. Waktu tu ramai orang lalu-lalang termasuk gadis-gadis yang dapat lihat dengan jelas kegiatan tak senonoh dia.

Masa duk tonton video, lelaki tu usap-usap kepala, gerak-gerak sikit, tapi secara amnya nampak tenang je. Perbuatan jijik lelaki tu akhirnya dihentikan lepas dia kena halau dengan seorang pekerja kedai yang nampak dia duk tengok video lucah.

“Dia biasa kat sini. Kami selalu nampak dia, setiap hari,” kata pekerja kat premis tu.


“Dia berdiri lama di hadapan komputer riba, tapi saya tak berani nak tengok skrinnya atau bercakap dengannya.”

Rupa-rupanya ada pekerja wanita di cawangan lain yang tahu tentang kegiatan lelaki tu tapi tak berani nak tegur sebab bimbang lelaki tu mengapa-apakan dorang waktu dorang bersendirian.

Difahamkan, dalam tempoh tujuh bulan sejak kedai tu dibuka, lelaki tu tak pernah beli satu barang pun.


Maknanya setiap hari dia datang sebab nak buat gejala jijik dia tu lah! Boleh pulak dia tumpang kedai laptop nak puaskan nafsu dia! Yek!

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.