Header Ads

Ini Bahaya Kad Kunci Hotel Yang Ramai Tak Tahu


Korang pernah dengar pasal kes kecurian kat hotel yang tak tahu siapa pecah masuk tapi barang tiba-tiba hilang? Lepas tu penjenayah dan modus operandi dia tak dapat dikesan? Rupanya senang je penjenayah buat semua tu tapi ramai yang tak tahu.

Master key untuk masuk semua bilik tanpa dikesan

Menurut The Star, penyelidik keselamatan di Helsinki mendedahkan bahawa penjenayah boleh mencipta master key hanya dengan menggunakan kad kunci hotel untuk membuka kunci kesemua bilik hotel di tempat tersebut tanpa dikesan sesiapa. Whuuuut?! Bahayanya!

Pendedahan ini berjaya membongkar satu kes yang pernah terjadi 14 tahun dulu dan membuka mata ramai tentang kejadian yang selama ini tidak dapat diselesaikan.


Kad kunci hotel yang dah tak valid juga boleh diguna

Dua orang penyelidik keselamatan daripada dari syarikat F-Secure di Finland memaklumkan bahawa mereka menemui kelemahan ini setahun lalu dan melaporkannya kepada Assa Abloy, pengeluar kunci terbesar dunia yang memiliki sistem tersebut.

“Kami dapat tahu dengan menggunakan mana-mana kad kunci hotel, anda boleh buat satu kunci induk yang membolehkan kita masuk mana-mana bilik dalam hotel. Tak perlukan kad yang valid, kad expired pun boleh guna.”


Perlu tukar sistem hotel demi keselamatan

Kebanyakan hotel menggunakan sistem yang sama, jadi mereka perlu mengemas kini sistem yang digunakan bagi mengelakkan hal ni. Ada hotel yang telah mengemaskini sistem tapi ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum isu itu diselesaikan.


Walaupun rasa macam dah kunci bilik kita dengan elok, tapi kita tak tahu siapa yang mampu buka bilik kita pada waktu tertentu. So kalau korang ada nak pergi travel dan menginap kat hotel, pastikan korang simpan elok-elok barang berharga supaya tak berlaku perkara tak diingini.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.