Header Ads

Haa Kan Dah Kena! Lain Kali Jangan Nak Double Park Sangat


Korang semua mesti geram kan kalau ada orang double park belakang kereta korang. Susah betul nak keluar parking! Sama jugak dengan kes yang terjadi kat Bentong, Pahang ni. Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki yang memandu kereta Toyota Hilux ni dah hon banyak kali tapi tak dilayan. Bengang punya pasal, dia terus je undur dan langgar kereta Honda City yang parking belakang dia sebanyak lima kali! Tudiaaa ambik kau! 

Kejadian ni dikatakan berlaku pada jam 11.30 malam pada 5 Ogos yang lalu. Yang lawaknya, pemandu Honda City ni bergegas mengetuk tingkap kereta Toyota Hilux tu lepas dilanggar. Macam dia memang duduk perhati je keretanya halang kenderaan lain. Apa punya perangai la…

Rakaman CCTV insiden tersebut mula viral kat media sosial dan kebanyakan netizen berpuas hati dengan tindakan owner Toyota Hilux tu yang dianggap mampu mengajar pemandu Hoda City tersebut.



“Owner trak Toyota dah hon lebih kurang selama setengah jam tapi pemandu Honda tu tak bergerak dan hanya duduk dan terus bersembang dengan rakan-rakannya. Semua orang ada 24 jam sehari, apa yang buat dia rasa masa dia lagi penting dari orang lain?” kata seorang netizen tak puas hati.

“Dari rakaman CCTV, masih ada parking kosong kat hujung jalan. Mungkin dia malas nak berjalan ke restoran tu?” kata seorang netizen lagi.

Ada yang cakap owner Toyota tu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa atas sebab merosakkan harta benda orang lain tapi pemandu Honda City tu terlepas daripada apa-apa tindakan. Alaaa…

Kan dah kena langgar, tulah siapa suruh double park lepas tu buat senyap je…

Sumber: lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.