Header Ads

Gelagat Dr. Maszlee Dan Tun M di Jepun Mencuit Hati Rakyat


Selalunya kita tengok menteri-menteri kita serius je dalam Parlimen dan majlis-majlis formal. Jarang nak dapat peluang tengok dorang bergurau senda macam dalam gambar ni!

Semalam Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memuat naik beberapa keping gambar di media sosial beliau menunjukkan gelagatnya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika lawatan kerja di Jepun. 



Dalam gambar tersebut Dr. Maszlee dan Tun Mahathir dilihat cuba memakai topeng watak-watak dalam filem popular Star Wars. Dr. Maszlee mencuba topeng untuk watak Yoda manakala Tun Mahathir pula mencuba topeng watak Chewbacca. Comelnya!

Entri Dr. Maszlee juga menulis bahawa dorang sempat berseronok ketika membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids. Kat tempat tu kanak-kanak boleh menimba ilmu sambil berseronok.


Antara beberapa aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti pembinaan robot berteknologi tinggi, pembikinan filem dan seni kraf. Tun Mahathir, Dr. Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di negara Matahari Terbit tu dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Rata-rata yang tengok gambar tu terhibur dengan kecomelan dua orang menteri kita ni. Ramai jugak yang langsung tak sangka yang Chewbacca tu Tun Mahathir!



Semoga lawatan ni akan membawa lebih kebaikan kepada pendidikan negara. May the force be with you!

Sumber:lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.