Header Ads

Eh Eh Tampal-tampal Terus Kurus! Produk Apa Pulak Ni?


Menurut Harian Metro, peniaga ‘koyok magik’ mengaut untung bila pelanggan terpedaya dengan produk jualan mereka yang kononnya boleh kuruskan badan dalam tempoh singkat tanpa perlu bersenam atau berdiet.


Koyok diimport dari luar negara itu didakwa boleh pecahkan lemak dalam badan sehingga berpuluh kilogram dalam masa yang singkat. Amboi, kemain.

Penggunaannya pulak hanya dengan menampal koyok tersebut pada badan ketika tidur untuk dapatkan hasil yang diharapkan.

Kalau nak tau produk-produk ni semuanya adalah barangan kesihatan yang tak berdaftar tapi dijual dengan meluas secara online. Pengguna pulak tertipu dengan testimoni di media sosial tanpa merujuk kepada Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).


Susulan itu, sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya KKM melakukan serbuan di sebuah premis di Sri Permaisuri semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainudin Abdul Wahab berkata operasi itu adalah untuk memerangi lambakan produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar yang berleluasa.

“Kebanyakan kosmetik tidak bernotifikasi dan produk kesihatan ini diragui keberkesanannya berikutan pelbagai dakwaan testimoni tidak munasabah disebarkan.

“Hasil serbuan dilakukan di premis tiga tingkat itu, pihak CPF merampas enam jenis produk tidak berdaftar di premis yang dijadikan stor.”

Sementara itu, nilai rampasan produk yang dirampas dianggarkan mencecah hampir RM500,000 dan rampasan itu disiasat mengikut peraturan 30(1) dan 18A(15) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh membawa hukuman mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.


Malangnya pihak CPF turut mendapati ada je syarikat jualan produk atau kosmetik tidak berdaftar selamba mengulangi kesalahan sama meskipun pernah dikenakan tindakan undang-undang.

Orang awam boleh semak status pendaftaran produk di sini:
  • npra.moh.gov.my
  • 03-78835400

Atau kemukakan aduan bagi produk meragukan menerusi:
  • www.pharmacy.gov.my
  • moh.spab.gov.my
  • 03-78413200

Hati-hati gaisss, check dulu ye.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.