Header Ads

Betul Ke ‘Hormon LGBT Semula Jadi, Bukan Sakit Mental’ ??


Kebelakangan ni banyak sangat kita dengar pasal golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara. Ada sampai yang bergaduh-gaduh tentang hak transgender nak masuk tandas perempuan ke lelaki pun ada.

Tapi semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengumumkan yang komuniti LGBT ni boleh guna tandas khas OKU dulu buat masa ni sampai mereka boleh diterima masyarakat.

Hari ni Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye pula keluarkan satu kenyataan yang golongan LGBT ni cenderung mengalami kecelaruan semula jadi, lapor NST. Lee dikatakan membuat kenyataan tersebut setelah melihat ujian pengimbas imej magnetik (MRI) yang dijalankan.


Katanya laporan MRI yang diterima menunjukkan ada sesuatu pada bahagian fizikal dalam otak yang mengakibatkan masalah tu. Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata bahawa masalah dialami golongan LGBT adalah akibat yang berkaitan dengan hormon dan menegaskan kecelaruan ini bukanlah penyakit mental.

“Keadaan itu menyebabkan mereka (golongan LGBT) berkelakuan sedemikian tetapi ia bukanlah penyakit tapi kecelaruan daripada biasa yang kita nampak.”

“Jangan anggap golongan LGBT ini sakit atau mengalami penyakit mental.”

Kenyataan dikeluarkan Lee ini adalah untuk menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang bertanya sama ada LGBT adalah sejenis penyakit mental.

Nota: Gambar digunakan sekadar hiasan

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.