Header Ads

Bagi Alasan Rumah Tangga Kena Sihir Tapi Hakikatnya Kau Gay!


Kita selalu je dengar pasangan terkena sihir pemisah sampai porak-peranda rumah tangga. Tapi tak sangka ada yang guna alasan terkena sihir sebab nak tutup kesalahan diri sendiri. Ish ish…

Heboh baru-baru ni, apabila seorang pengguna Twitter bernama Janatun yang menceritakan perihal nasib malang yang menimpa rakan baiknya, Ara yang terpaksa jadi janda pada usia  muda!


Korang tau la kan lepas menikah mesti malam pertama yang dinanti-nantikan oleh mempelai baru tapi yang peliknya sekian lama suami Ara ni postpone buat benda tu. Tapi Ara ni tak kisahlah sebab dia rasa mungkin suami dia tak ready lagi. Rupa-rupanya…


Allahu! Kesian Ara sebab diceraikan lepas berapa bulan je kahwin. Bayangkan remuknya hati dia lepas kena tipu macam tu.Dah lah macam tu, keluarga bekas suami dia pulak mati-mati percaya anak dorang kena sihir dan mangsa keadaan. Hmmm…


Menurut mStar, Janatun menceritakan yang rakannya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan rumah tangga mereka sempat bertahan hanya selama enam bulan je.

“Dia (suami Ara) memang baik, saya selalu borak dengan dia dan nampak dia macam biasa (normal).

“Dia berjanggut, tidak lembut dan tenang je hati memandangnya, macam alim. Kakitangan kerajaan pula. Biasanya kakitangan kerajaan ni kan formal,” katanya

Betullah orang cakap, kita tak boleh judge seseorang tu berdasarkan luaran je. Kan dah seksa sampai macam ni. Janatun sempat berpesan kepada semua lelaki; walaupun gay, tolonglah jangan mainkan perasaan perempuan lain. Dahlah kena tanggung malu sebab orang cakap tak pandai jaga suami. Kesiannya…


Kalau ye pun gay, janganlah sampai rosakkan hidup orang lain sebab nak senangkan diri sendiri. Tak kesian ke?

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.