Header Ads

"Arwah diganggu kicauan burung, beberapa hari sebelum meninggal"


Inilah yang terjadi kat seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Addin Mahadi sebelum dia terlibat dalam satu kemalangan maut di Jeli. Menurut Sinar Harian, mangsa kemalangan di Kampung Bukit Tok Ali itu pernah cakap dia ada dengar something sebelum meninggal dunia.

Bapa mertua mangsa, Mohamed Nawi Hamat, 64, menceritakan bahawa Addin, 29, mengadu ada mendengar bunyi kicauan burung beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha.


“Arwah pernah beritahu saya tentang kicauan burung yang didengari, malah sebelum itu dia juga ada tanya rakan-rakannya di tempat kerja.”

“Saya bawa arwah untuk rawatan alternatif bila dia beritahu kicauan burung berkenaan membuatkan dia terganggu.”

Beberapa hari selepas rawatan tu, Nawi ada bertanya kepada menantunya tentang kicauan burung yang didengari. Waktu tu Addin cakap yang dia masih dengar lagi bunyi kicauan tersebut termasuklah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Dungun pada pagi Hari Raya Aidiladha.


Selain tu, Addin juga pernah memaklumkan isterinya Siti Nasuha yang dia rasa berat hati nak tinggalkan kedua orang tuanya di Dungun.

“Pak cik hanya tahu tentang kejadian kira-kira jam 1 petang selepas dimaklumkan Siti Nasuha,” kata Nawi lagi.

“Polis hubungi anak pak cik, isteri arwah, kemudian pak cik hubungi semula balai polis untuk lebih kepastian.”


Ketika kejadian, Addin sedang bertugas dan dalam perjalanan dari arah Kuala Balah ke Jeli. Dalam kejadian kira-kira jam 11:45 pagi tu, Perodua Viva yang dipandu Muhammad Addin bertembung dengan sebuah Perodua Myvi. Pemilik Myvi berusia 78 tahun juga turut terkorban.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil anak kedua dan seorang anak lelaki berusia setahun lapan bulan. Semoga keluarga tabah menghadapi pemergian arwah.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.