Header Ads

Remaja 13 Tahun Dirogol 'Penjual' Ubat Besarkan Payudara


Macam-macam cara digunakan untuk memperdaya mangsa asalkan dapat puaskan nafsu binatang dorang tu. Inilah dilakukan seorang lelaki di Bukit Mertajam yang ditahan polis kat sebuah pusat beli-belah di Perai semalam.

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki berusia 37 tahun tu memperdaya gadis menggunakan aplikasi WeChat. Ketika ditangkap pada jam 2 petang, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid memberitahu bahawa suspek dipercayai sedang menunggu seorang lagi mangsa yang juga dikenali melalui WeChat.

“Hasil maklumat dan bantuan orang awam, polis berjaya menahan lelaki itu dan merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk memperdaya gadis-gadis dengan mendakwa menjual ubat membesarkan payudara.”


“Suspek juga menerusi WeChatnya menyamar sebagai wanita dan akan menyuruh pembeli yang membeli ubatnya menghantar gambar payudara untuk melihat sama ada terdapat perubahan selepas memakan ubat tersebut.”

Suspek akan memaksa pembeli datang ke pusat membeli-belah tu dan kalau dorang taknak, dia ugut nak sebar gambar payudara mangsa. Lepas tu dia akan bawa mangsa ke sebuah kedai kosong kat tingkat empat dan rogol gadis tu kat situ. Huh gilaa!

Mangsa terbaru suspek ialah seorang remaja berusia 13 tahun yang juga telah dirogol di tempat yang sama. Suspek juga ugut nak sebar gambar remaja budak tingkatan satu tu kalau dia buat laporan polis. Tapi remaja tu yang merupakan anak tunggal bertindak buat laporan polis lepas keluarga dia tahu pasal kejadian berkenaan.


“Selain remaja perempuan berusia 13 tahun, suspek jugak mengaku rogol tiga gadis lain dengan menggunakan modus operandi yang sama,” kata ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Lelaki 37 tahun tu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Mentaliti sakit apa macam ni sampai sanggup menyamar jadi perempuan sebab nak merogol! And yang umur 13 tahun dah nak beli ubat besarkan payudara buat apa?!

Sumber : lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.