Header Ads

"Patutlah Selalu Rasa Malas Nak Mampus Bila Dekat Rumah, Rupanya Ada Benda Yang Menumpang"

"Patutlah Selalu Rasa Malas Nak Mampus Bila Dekat Rumah, Rupanya Ada Benda Yang Menumpang"

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, lelaki bernama Iqbal ni share satu kisah yang dialami sendiri oleh dia dan keluarga sebab ada benda ‘tumpang’ rumah dorang. Iqbal ni duduk kawasan kampung dan semuanya bermula bila mak dia perasan yang makin banyak benda pelik-pelik jadi.



Orang kata budak-budak ni kalau dia menangis sampai meraung-raung taknak stop mungkin ada lah bendanya yang dorang nampak sebab budak kecik biasanya boleh nampak makhluk-makhluk halus yang kita tak nampak dengan mata kasar kita.

Jadi bila anak buah Iqbal dah sampai bertempik macam tu, bapa Iqbal cepat-cepat la pergi jumpa kawan dia yang tahu sikit sebanyak pasal perubatan Islam walaupun dah pukul 3 pagi.


Seram jugak kalau tiba-tiba dengar budak kecik duk tergelak-gelak ni gais, lepas tu pandang ke syiling pulak. Lepas mak Iqbal nampak budak kecik tu gelak sorang-sorang, terus cepat-cepat dia ambil budak tu then dorang bawak berubat. Tapi lepas berubat jadi makin teruk pulak. Kesian baby tu.

Ustaz cakap yang ‘benda’ tu tak nak pergi sebab dia tengah cari tuan baru.


Ibu bapa Iqbal percaya yang makhluk halus ni wujud tapi dorang jugak percaya yang selagi kita tak kacau deme, deme tak kacau kita. Tapi ni tak kacau pun kena kacau jugak…

Lepas tu mak Iqbal ni jadi malas-malas dan asyik mengadu sakit-sakit. Emosi pun jadi tak stabil semacam je. Makan ubat doktor pun tak berapa nak berkesan sangat, macam sama je keadaan dia.


Macam-macam cara dorang cuba untuk nak berubat mak Iqbal, tapi tak berjaya. Sampai berbekam pun dorang try jugak. Lepas berbekam tu mak Iqbal jadi normal dan okay sekejap.

Tak sangka lepas tu mak Iqbal boleh kena kacau lagi sekali. Jadi lepas dorang pergi situ, dorang cuba berubat kat sorang ustaz ni pulak atas saranan ustazah yang bekamkan mak Iqbal.


Bila pergi jumpa ustaz tu, lagi lah seram jadinya. Ustaz cakap yang ‘benda’ tu dah berpuluh-puluh tahun duduk kat rumah Iqbal sampai dah beranak pinak kat situ. Erk maknanya selama ni keluarga Iqbal tinggal dengan harmoni sama-sama dengan makhluk halus kat rumah tu.

Berubat kali ni lebih dahsyat sebab habis keluar semua darah, paku dari badan mak Iqbal. Dan sebab utama dia mungkin sebab ada orang tak puas hati dengan mak nya Iqbal ni.


Kemudian masa berubat tu ustaz suruh mak Iqbal hidu satu minyak wangi ni, nama dia 7 Telaga. Minyak wangi ni ada twist lain macam. Kalau kau hidu dia bau wangi, maknanya kat dalam badan tak ada makhluk halus ataupun jin.

Tapi kalau apa yang korang bau tu busuk, maknanya ada jin duduk menumpang dalam badan kau.


Lepas siap berubat, ustaz tu buat kesimpulan yang mungkin ada saka dalam badan mak Iqbal. Sebabnya mak Iqbal ni selalu mimpi bersalin lah, menyusukan bayi lah, mimpi baby, semua yang pelik-pelik ni lah.

Tapi tiba-tiba mak Iqbal menangis. Bukan sebab kena rasuk, tapi sebab dia nak buat pengakuan.


Rupa-rupanya benda tu nak cari tuan baru! Lepas tu dia target pulak mak Iqbal ni. Sebab tu lah semua benda ni jadi kat mak Iqbal. Lepas dah habis sesi tu barulah mak Iqbal boleh bau minyak wangi tadi tu.

Maknanya jin dah keluar lah daripada badan mak Iqbal. Fuuuh legaaa!


Iqbal jugak ada kongsikan beberapa benda yang kita kena buat setiap hari untuk disiplinkan diri dan mudah-mudahan tak didekati benda-benda yang ghaib dan memudaratkan macam ni.

Antara amalan-amalan yang dikongsikan tu nampak senang je, tapi kena kuatkan keazaman untuk praktikkan benda-benda ni.


Yang pasal rumah tadi, Iqbal kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan bahawa rumah kita mungkin ada ‘penumpang’ yang kita tak nampak.

Kalau ada macam rasa malas dan suka duduk tempat bersepah, mungkin korang kena tengok balik, tu malas biasa-biasa ke malas bersebab.



Menurut Iqbal, saka ni suka target orang-orang yang kuat agama sebab dorang tak suka manusia-manusia yang amalannya berganda. Keluarga belah mak Iqbal pulak jenis kuat agama, mungkin sebab tu lah juga dorang jadi target benda ni.

Tapi jangan lah bila dia cakap macam ni, korang terus malas beribadah pulak. Tu dah lain macam tu.


Mengakhiri entrinya, Iqbal nasihatkan semua supaya tahu sedikit sebanyak ilmu pasal benda-benda macam ni. Katanya kita tak boleh pandang remeh benda ni sebab bila jadi teruk macam yang kena kat keluarga dia tu kan nahas jadinya.

Jadi kita kena tahu la sikit sebanyak pasal benda-benda basic yang ada kaitan dengan makhluk halus ni.


Uish, korang kalau rasa dah malas sangat nak mengemas dan suka duduk dalam rumah bersepah tu, mungkin kena try pergi jumpa ustaz ataupun dapatkan pendapat orang yang lebih pakar. Mungkin ada yang ‘menumpang’…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.