Header Ads

Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

Kes ini dianggap kontroversi kerana terdapat percanggahan di antara ilmu perubatan moden dan tradisional. Sampaikan kes ni dibawa ke muka pengadilan. Malah kes ni mendapat liputan meluas sehingga kes ini difilemkan pada 2005 bertajuk ‘The Exorcism Of Emily Rose’

So jom admin bawak korang menyelam kes ni sampai korang faham.

1. Kehidupan Anneliese & Permulaan Episod Gangguan

Anneliese Elisabeth Michel dibesarkan dengan ajaran agama Katolik yang boleh tahan strict!
Digambarkan sebagai seorang remaja yang sangat lincah dan gembira.

Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

Ketika berusia 16 tahun, dia pengsan secara tiba-tiba masa kat sekolah. Kawan-kawan beritahu dia berjalan secara khayal. Anneliese beritahu yang dia memang tak ingat langsung pasal kejadian tu.
Pada malam tu jugak Anneliese rasa macam ada ‘benda’ berat yang menghimpap dada dia dan menekan ke katil.

2. Preskripsi Doktor Profesional

  • Ogos 1969, Anneliese sekali lagi tak sedarkan diri. Bangun-bangun je, dah terbuang air kecil kat atas katil. Badan pun rasa kejang sampai dia gigil yang tak terkawal!
  • Ibunya terus meminta bantuan daripada doktor keluarga mereka, Dr. Vogt dan seorang Pakar Neurologi, Dr. Luthy untuk buat check-up.
  • Imbasan Electroencephalography (EEG) iaitu sejenis imbasan otak dijalankan tapi tak ada pulak masalah pelik yang direkodkan.


Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

  • Doktor meramalkan Anneliese mungkin mengalami masalah sawan
  • Pada tahun 1970 dan 1972, Anneliese tak sedarkan diri. Ada corak tak sekata pada imbasan otak dia tapi benda tu pun still tak dapat jelaskan simptom yang dialami.
  • Masa kedua-dua lawatan ni, Anneliese diberi ubat anti-convulsant dan Dilantin iaitu ubat menghalang sawan.


3. Gangguan semakin meneruk

  • Ketika musim bunga tahun 1973, Anneliese selalu terdengar ketukan kat pintu bilik dia. Kakak dia pun selalu terdengar bunyi yang sama!
  • Anneliese mendakwa yang dia terdengar bisikan daripada syaitan beritahu that dia akan terlaknat dan diseksa kat neraka nanti! Seram weh!
  • Mak dia cerita yang Anneliese selalu tenung patung Virgin Mary dengan pandangan yang tajam. Mata dia akan berubah menjadi hitam, hitam yang pekat. Erkk!


Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

  • Selain daripada Anneliese, orang di sekelilingnya juga turut mengalami gangguan antaranya mereka sering hidu bau seperti tahi yang dibakar kat sekitar rumah dorang. 
  • Pakar neurologi mendiagnoskan yang Anneliese mempunyai masalah epilepsi.
  • Pakar tu yang dah buntu terus minta maknya hantar dia berjumpa dengan Jesuit iaitu pegawai agama. Mereka kemudian berjumpa dengan seorang paderi bernama Paderi Alt untuk rawatan lanjut.


4. Beralih Kepada ‘Exorcism’

  • Julai 1975, Anneliese semakin teruk.
  • Anneliese makan lalat dan labah-labah tanpa rasa apa-apa. Ada masa dia akan jilat air kencing sendiri kat atas lantai.
  • Kekuatannya pada masa tu jugak dikatakan macam ‘superhuman’ sebab dia boleh campak kakak dia!


Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

  • Pada 24 September 1975, satu upacara exorcism telah dilakukan untuk melawan syaitan tu.
  • Mei 1976 , keadaan Anneliese makin teruk. Dia selalu menggigit dirinya sendiri dan orang lain. Anneliese juga tak henti-henti hentak kepalanya kat dinding. Parah ni!
  • Anneliese juga tak mahu makan atas alasan dia tak ‘dibenarkan’ untuk makan. Siapa yang tak ‘benarkan’ makan tu??


5. Pengakhiran Hidup Anneliese

  • Dengan menggunakan khidmat kepakaran Paderi Renz, beliau menjalankan 67 upacara exorcism di mana ritual tersebut berjalan selama 4 jam setiap kali.
  • Semasa proses ritual tu, Anneliese mendakwa ada 5 entiti yang tinggal dalam badannya iaitu Lucifer, Cain, Judas Iscariot, Adolf Hitler dan Nero. Gila lah!
  • Disebabkan selalu melakukan ritual yang memaksa Anneliese melutut banyak kali, tulangnya patah selain tendon pada lututnya koyak teruk. Berat Anneliese hanya tinggal lebih kurang 35kg pada masa tu.


Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

  • Untuk pastikan proses upacara berjalan lancar, Anneliese terpaksa diikat dan ianya berlarutan sehingga 10 bulan.
  • 30 Jun 1976 merupakan tarikh terakhir Anneliese menjalani upacara exorcism sebelum ditemui mati pada keesokan harinya.
  • Dia dikatakan mati kerana malnutrisi dan dehidrasi. Kesiannya…

Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

6. Perbicaraan Mahkamah

  • Kedua ibu bapanya serta kedua-dua paderi yang terlibat dikenakan tindakan mahkamah atas tuduhan kematian disebabkan kecuaian (negligence homicide).


Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

  • Pihak pendakwaan mengeluarkan bukti yang Anneliese disyaki menghidap penyakit epilepsi dan psikosis.

  • Paderi Alt diragui kerana mempunyai sejarah menghidap sakit Schizophrenia. 

  • Ubat-ubatan yang diambil oleh Anneliese sebenarnya mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan psikosis delusi yang berkaitan dengan epilepsi. La yeke?

  • Mahkamah menyatakan yang Anneliese tak mampu membuat keputusan sendiri dan sepatutnya dipaksa untuk mendapatkan bantuan perubatan profesional.

  • Akhir sekali, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas kedua ibu bapa Anneliese dan kedua-dua paderi tersebut.

  • Mereka dipenjarakan selama 6 bulan. Kedua-dua paderi tu turut digantung kerja selama 3 tahun.


Complicated kan? So korang rasa Anneliese ni sebenarnya memang dirasuk atau dia sebenarnya hanya berhalusinasi atas kesan ubat yang dia makan tu?

Sumber:lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.