Header Ads

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Kecoh berita minggu lepas mengenai sebuah sekolah di Ketereh yang kena serang histeria sebanyak tiga kali melibatkan 30 orang pelajar. Dengar cerita, budak-budak sekolah ni ternampak lembaga hitam dalam kelas, lepas tu habis semua kena rasuk. Aishh seramnya!

Takut kan kalau tengok orang kena histeria? Haa ini nak ceritakan kat korang kejadian histeria dahsyat yang menyerang 3 sekolah dan ratusan pelajar di Kelantan. 

Pelajar mengadu nampak pocong di dalam kelas

Seperti kebanyakan kes, histeria ni berlaku selepas seorang pelajar kena dan ia berjangkit ke pelajar lain yang lemah semangat. Namun kes histeria yang berlaku di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 2016 ni bermula apabila ada pelajar nampak makhluk yang diyakini pocong dalam sebuah kelas yang kosong! Aaaa serius ah!

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Mangsa, Raja Nor Athirah, 17, katanya terasa kedua-dua belah tangan kebas-kebas lepas ternampak ‘makhluk’ tu sebelum fikiran dia tetiba jadi serabut. Dia kemudian meracau-racau sebelum berjangkit kepada pelajar lain.

“Mula-mula kedua-dua tangan kebas, selepas itu dunia rasa gelap dan serabut. Saya mula menangis sehinggalah guru-guru datang membantu,” katanya di Sinar Harian.

Jemput pengamal perubatan ‘periksa’ sekolah

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Kes menjadi teruk bila 50 pelajar dan 8 guru jadi mangsa histeria ni. Oleh tu, Pengetua terpaksa bagi cuti kepada 1,044 pelajar sebab tak nak benda jadi lebih teruk. Beliau jugak jemput beberapa pengamal perubatan Islam untuk ‘check’ kawasan sekolah tu kot-kot ada benda yang tak kena.

Mengikut penjelasan pengamal perubatan Islam, memang ada kawasan kat sekolah tu yang ‘keras’ dan dia akan usaha untuk ‘bersihkan’ supaya tak ada lagi histeria berlaku.

“Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir,” kata Pengetua Siti Hawa.

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Selain pengamalan perubatan Islam, sekolah ni pun ada panggil bomoh Cina untuk redakan keadaan. Namun apabila sekolah dibuka semula lepas 3 hari cuti, histeria masih berlaku.

Mangsa kongsi pengalaman histeria

Berikut antara pengalaman yang diceritakan mangsa:

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

  • Mangsa jadi lemah dan takut tak semena-mena. Ada pelajar yang ikut menjerit sampailah ada rakan dan guru datang tenangkannya. Nik Nor Awadah, 15, mengaku kena serang sebanyak 2 kali dan dia dapat rasakan yang ‘benda’ tu memang berada berhampirannya. Scaryyy! 

  • Lepas tenangkan seorang pelajar yang hampir histeria di tingkat 4, salah seorang cikgu tetiba rasa tak sedap hati dan tangannnya menjadi berat. Pada masa tu, dia terus nampak kelibat lembaga hitam tengah melintas dan terasa seperti badannya ditarik. Namun lepas baca ayat Kursi ‘benda’ itu ‘lepaskan’ dia.
  • Hampir sama seperti pengalaman di atas, seorang lagi cikgu nyaris histeria lepas tenangkan pelajar. Dia tiba-tiba terasa seperti ada benda cuba nak ‘masuk’ ke dalam badan. Kemudian badannya rasa meremang dan kebas di pipi sebelum rakan-rakan datang bacakan ayat Kursi. Mujur dia tak meracau tapi menangis tak henti selama sejam! Lepas dengar bacaan Yasin, Kamariah kembali tenang.


Tiga sekolah lagi kena serang histeria

Belum pun reda apa yang menimpa sekolah tu, SMK Pengkalan Chepa 1 (SMKPC1), SMK Kemunim dan SMK Kubang Kerian 3 pulak diserang histeria yang mana libatkan hampir 30 pelajar dan seorang guru. Semua ni disebabkan seorang mangsa ternampak kelibat lembaga hitam berbulu lepas keluar dari tandas. OMG! 

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

“Mereka juga ada kata lembaga itu berwajah hodoh dan berbulu dan mereka turut meracau-racau selepas melihat lintasan jelmaan itu.

“Saya juga pernah merasai pengalaman diserang histeria ketika tingkatan satu dan tiga di sekolah SMKPC 2, namun kini selepas bersekolah di SMKPC 1, gangguan itu beransur hilang,” kata mangsa.

Macam mana pun keadaan ni dapat dikawal oleh sekolah-sekolah yang terbabit.

Kenapa histeria selalu terjadi dekat perempuan? 

Histeria, sekolah dan pelajar perempuan bagaikan satu kombinasi ideal yang sering berlaku hampir setiap tahun. Kalau bukan kat sekolah, perkara macam ni kerap pulak berlaku di kolej atau universiti. Tapi kenapa selalu perempuan je yang kena?

Kecoh! 3 Sekolah dan Ratusan Pelajar di Kelantan Kena Histeria

Bagi yang tak tahu, histeria ni berasal dari perkataan hystron yang bermaksud rahim wanita. Kedudukan rahim dalam tubuh wanita ni lah yang menyebabkan emosi dan minda mudah dipengaruhi. 

Pada zaman pertengahan dulu, penyakit histeria ni memang dikaitkan dengan unsur-unsur gangguan hantu atau makhluk halus, sihir dan jugak sikap fanatik dalam satu-satu agama. Tapi dari segi saintifik, perkara ni dilihat sebagai satu kecelaruan neurotik yang bermula daripada peringkat remaja dan awal dewasa serta benda ni memang kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Oh giteww! 

Kongsikan pengalaman anda kalau pernah terlibat dalam situasi ni dengan kami! Sure seram kan? 

Sumber:lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.