Header Ads

Kalau Pergi Surau Awam Mesti Selalu Jumpa Perempuan Jenis Macam Ni.

Kalau Pergi Surau Awam Mesti Selalu Jumpa Perempuan Jenis Macam Ni.

Solat di surau yang disediakan dalam pusat beli belah merupakan perkara yang mencabar lagi-lagi kalau time peak hour sebab surau yang saiznya tak berapa besar tak dapat nak menampung jumlah jemaah yang ramai.

Walaubagaimana pun sebenarnya masalah ni boleh je di atasi sekiranya masing-masing ada kesedaran dan tidak mementingkan diri sendiri. Baru-baru ni, Nurul telah berkongsi di Twitter mengenai 6 perangai kurang elok wanita selalu buat dalam surau dan para wanita perlu lebih alert mengenai hal ni.

1. Berkumpul dalam surau walaupun tidak boleh solat

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Bagi wanita yang tengah period dan tak boleh bersolat, korang tak payahlah duduk berlonggok di dalam surau yang kecik tu dan beri ruang kepada mereka yang boleh solat untuk menjalankan ibadat mereka. Kata Nurul lagi, adalah lebih baik untuk mereka yang tak boleh solat untuk menunggu rakan mereka di luar surau je.

2. Tidak tutup pintu selepas masuk dan keluar dari surau

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Kebiasaannya surau perempuan akan terletak sama ada berdepan atau bersebelahan dengan surau lelaki. Oleh sebab tu, pintu surau perempuan perlulah sentiasa ditutup bagi mengelakkan ada kaum adam yang ternampak aurat wanita yang ada dalam surau tu. Lagi-lagi kalau yang tengah ambil wudhuk.

3. Buat orang lain tunggu lama untuk tunai solat

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Sekiranya surau yang ada kecil dan ramai orang beratur untuk solat, Nurul menyarankan agar berpada-pada dalam berwirid sebab orang lain pun perlu bersolat jugak.

4. Berebut cermin….

Dah tahu dalam surau ada satu dua je cermin, jadi janganlah buat cermin tu macam harta sendiri ye. Katanya,

“Bukan awak je nak tiup tudung. Kalau dah nampak orang belakang tu sampai terloncat nak tengok cermin punya pasal, bongkokkan sikit badan tu please.”

5. Telekung tidak disimpan di tempat sepatutnya

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Kita kalau pinjam barang, mesti akan pulangkan semula kan? Sama macam di surau, kalau meminjam telekung di surau untuk dipakai buat solat, lepas guna kenalah simpan balik di tempat yang sepatutnya dan bukannya tinggal berlonggok je ye.

6. Berborak, tak hormat orang sedang solat

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Semasa dalam surau, kita perlulah menghormati orang lain yang sedang mendirikan solat. Janganlah dok membawang pulak kat situ. Kesian orang lain tak khusyuk bila solat. Kadang-kadang ada yang selamba je tidur dan menyempitkan ruang orang nak solat.

Perangai Tak Senonoh Wanita Selalu Buat Dalam Surau

Betul jugak apa yang dikatakan Nurul. Kita janganlah mementingkan diri sendiri dan perlu beri laluan kepada orang lain untuk mendirikan solat mereka. Dorang pun nak solat jugak.

Apa lagi perangai lain yang wanita selalu buat dalam surau?

Sumber: Twitter

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.