Header Ads

Isteri Jual Suami Untuk Dijadikan Anak Ayam

Isteri Jual Suami Untuk Dijadikan Anak Ayam

Selalu kita dengar suami atau teman lelaki kan yang jual pasangan dorang jadi anak ayam. Tapi kes ni rare sebab sebab si isteri yang jual si suami sebagai pekerja seks untuk dapatkan wang lebih! Erkk??

Menurut Forum CARI, perbuatan si Veronita yang berusia 20 tahun ni terbongkar apabila polis menyerbu sebuah bilik hotel di hotel Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya. Semasa serbuan tu, Veronita dan suaminya, M Reza yang berusia 24 tahun telah ditangkap bersama dengan seorang lelaki yang merupakan pelanggan dorang. OMG!

Aktiviti tak senonoh dorang ni dijalankan kat Facebook. Untuk setiap sesi, dorang caj bayaran antara Rp 300,000 hingga Rp 500,000 (lebih kurang RM84 hingga RM140). Masa aktiviti dorang terbongkar, difahamkan pasangan ini dah 4 kali melakukan aktiviti tak senonoh tu.

Isteri Jual Suami Untuk Dijadikan Anak Ayam

Semasa ditanya, Veronita mengaku yang dia menjual suaminya untuk mendapatkan wang kerana mempunyai masalah ekonomi. Banyak lagi jalan penyelesaian lain…

Hakim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Veronita menurut undang-undang pemerdagangan manusia. Hukuman dia pada asalnya ialah penjara 3 tahun dan denda Rp 800 juta. Tapi diringankan kepada penjara selama 2 tahun dan denda sebanyak Rp 200 juta sebab dia memberi kerjasama yang baik masa perbicaraan.

Masa hukuman dibacakan, Veronita lebih banyak terpaku dan menunduk memandang lantai. Dia menerima dengan tenang hukuman yang dikenakan tanpa sebarang persoalan.

Tak sangka isteri pun boleh jual suami zaman sekarang ni. Hmmm…\

Sumber : Tribun News.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.