Header Ads

"Girlfriend Tak Ada Dara Patut Ke Aku Terus Niat Untuk Kahwini Dia"

Macam mana kalau tiba-tiba pasangan korang cakap yang dia dah tak suci sebab dah pernah lakukan hubungan seksual sebelum nak kahwin dengan korang? Korang still boleh terima cinta dia atau kena fikir dua kali?

Inilah yang berlaku kat seorang lelaki yang kongsikan cerita dia dekat media sosial. Girlfriend lelaki yang tidak diketahui namanya tu tiba-tiba ceritakan yang dia dah hilang dara. So lelaki ni of course la terkejut dan kemudian jadi buntu sama ada nak teruskan perkahwinan dengan wanita yang dia cintai tu.


Katanya dia tahu yang seks bukanlah segalanya dalam sesebuah perkahwinan, tapi lelaki ni masih virgin. Ini mungkin menyebabkan dia terfikir kenapa dia yang dara nak kahwin dengan orang yang dah tak dara?

Bila dia cakap macam ni ada seorang individu jawab yang isteri Nabi Muhammad SAW pun dah tak dara masa kahwin dengan Nabi. Jadi adakah lelaki tu lebih baik daripada Nabi nak demand isteri yang dara sahaja? Tapi jawapan individu tu dikecam orang ramai sebab dorang cakap kita tak boleh samakan perempuan tu dengan Siti Khadijah.



Admin pun setuju situasi wanita yang berzina ni tak sama dengan kes Siti Khadijah. Tu dua perkara yang berbeza tau! Walaupun ramai duk berdebat pasal perbandingan yang dibuat, ramai jugak yang bagi jawapan kepada soalan asal lelaki buntu tadi pasal nak kahwin ke tak dengan girlfriend dia.

Ramai yang suruh dia kahwin je dengan wanita tu sebab tiada salahnya kalau girlfriend dia dah bertaubat dan nak berubah ke arah kebaikan. Ada jugak yang cakap jawapannya terletak kat tangan lelaki tu sendiri. Betul lah tu…


Admin rasa, kalau dah sayang dan ikhlas tu terima jela. Asalkan wanita tu dah bertaubat…

Sumber: lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.