Header Ads

Cikgu Mintak Cium Bibir Dulu Untuk Jadi Pengawas

Cikgu Mintak Cium Bibir Dulu Untuk Jadi Pengawas

Guru perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajarnya. Tapi malang sekali bila ada segelintir guru yang merosakkan nama baik seorang pendidik dengan menjadikan pelajar dorang sebagai tempat nak puaskan nafsu.

Menurut Astro Awani, seorang guru lelaki Bahasa Inggeris kini dalam buruan polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Daerah Kulai. Ya Tuhan!

Menjelikkan, perbuatan guru berkenaan telah dilakukan sebanyak dua kali ke atas mangsa dengan alasan perbuatan ke atas pelajar tersebut akan melayakkannya untuk menjadi pengawas sekolah.

Difahamkan pada 11 April yang lalu mangsa telah diarahkan guru berkenaan untuk menanggalkan pakaian dan bertindak mencium bibir mangsa di sebuah bilik dekat sekolah berkenaan.

Tak cukup dengan itu, guru tersebut mengulangi perbuatan kejinya sekali lagi 11 hari kemudian di lokasi yang berbeza iaitu di sebuah bilik di rumah guru berkenaan.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai perbuatan tak senonoh gurunya tu sebab tidak berani mendedahkan hal berkenaan.

Namun begitu, semasa guru tersebut mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan, mangsa telah memberanikan diri untuk memaklumkan perbuatan guru Bahasa Inggerisnya itu kepada pihak sekolah iaitu pada hari Khamis yang lalu.

Cikgu Mintak Cium Bibir Dulu Untuk Jadi Pengawas

Setelah perbincangan dilakukan, pihak sekolah menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan kes tersebut. Katanya lagi,

“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.”

Harap cepat-cepat dia kena tangkap!

Nota: Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.