Header Ads

'World Cup 2018 tidak akan mendatangkan keuntungan kepada RTM dan negara'

World Cup 2018 Tidak Menguntungkan RTM dan Negara

Usaha kerajaan untuk memberikan tayangan percuma World Cup 2018 masih lagi giat dijalankan. Peminat bola adalah insan yang paling gembira saat ini dan pastinya ramai antara mereka yang menyokong usaha ini.

Terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa penyiaran itu bakal memberi impak besar kepada RTM yang bakal mendapat pulangan RM250 juta. Biar betik?

Ikuti penjelasan seorang lelaki, Nizzal Syafiq di Facebook tentang isu ini dan korang fikir sendiri ikut logik akal.

Siaran World Cup RTM1 boleh mendapat pulangan RM 250 juta?

1. Menurut fakta rasmi dari laporan tahunan dikeluarkan oleh website rasmi RTM pada tahun 2014, TV1 hanya memperoleh pendapatan RM 15.6 juta sahaja sepanjang tahun 2014.

Dimana sebenarnya pada tahun yang sama juga RTM menyiarkan 24 perlawanan siaran langsung dan 11 perlawanan siaran tertunda FIFA WORLD CUP RIO 2014.

Total pendapatan (modal+untung) RTM pada tahun 2014 hanyalah RM 52 juta (Tv1 +Tv2). 

Ini belum kita tolak kos dan untung yang datang dari rancangan-rancangan lain selain World Cup Rio 2014.

Agak-agak kalau tolak semua modal dan untung dari rancangan-rancangan selain world cup 2014 berapa lah agaknya untung bersih dari siaran World Cup 2014? Mungkin tak sampai RM 25 juta pun. 

Kalau RM 25 juta pun tak sampai, inikan pula menurut perkiraan seorang individu yang entah siapa boleh menjana keuntungan RM 250 juta? biar betul

World Cup 2018 Tidak Menguntungkan RTM dan Negara

RTM belanja RM 20 juta untuk World Cup 2014

2. Akhbar Utusan bertarikh 25 Jun 2014, Menteri DS Shabery Cheek menyatakan RTM telah membelanjakan RM 20 juta untuk mendapat hak penyiaran World Cup 2014.

Jadi sekarang para pembaca rasa untung ke rugi membelanjakan RM 20 juta untuk pendapatan RTM pada tahun 2014 di atas? pendapatan itu modal + untung ya. Tolak modal untung entah berapa sahaja.

Astro dapat RM 129 juta je untuk World Cup Rio 2014

3. Astro pula pada tahun 2014, mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM 129 juta berbanding tahun 2013, meningkat pendapatan 11 peratus dari tahun 2013. Salah satunya disebabkan World Cup Rio 2014.

Astro pun boleh hanya dapat kurang RM 129 juta, ini mamat mana pula kata RTM boleh dapat RM 250 juta?

World Cup 2018 Tidak Menguntungkan RTM dan Negara

World Cup 2018 tidak akan mendatangkan keuntungan kepada RTM dan negara

4. Menurut sumber dari portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pada tahun 2011 sahaja kos operasi RTM menelan belanja sebanyak RM 310.7 juta. Kalau benar sekalipun untung RM 250 juta, penyiaran World Cup 2018 tetap tidak mendatangkan keuntungan kepada RTM dan negara.

Sumber: Nizzal Syafiq

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.