Header Ads

Terkejut Najis Manusia Jatuh Dari Langit dan Terkena Mata

Terkejut Najis Manusia Jatuh Dari Langit dan Terkena Mata

Bayangkan korang tengah syok-syok bersiar-siar dan tiba-tiba korang 'disiram' sesuatu. Apabila korang hidu, cecair tu bukan air hujan. Tapi, najis manusia. Jijik kan?

Itulah yang berlaku kepada Susan Allen dan anak lelakinya, Travis di Kelowna, Kanada. Susan kini mengalami radang mata gara-gara terkena najis yang dibuang dari sebuah pesawat yang masih misteri.

Terkejut Najis Manusia Jatuh Dari Langit dan Terkena Mata

Terkejut Najis Manusia Jatuh Dari Langit dan Terkena Mata

Menceritakan detik yang mungkin jarang-jarang berlaku di Kanada itu, Susan berkata dia dan anaknya sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat sambil membiarkan tingkap pada bumbung terbuka.

Kejadian yang berlaku pada 9 Mei itu membuatkan Susan dan anaknya bermandi najis manusia.

Susan berkata,

"Najis itu terkena pada bahagian bumbung, tempat duduk, muka dan baju saya. "Ia sangat jijik,".

Terkejut Najis Manusia Jatuh Dari Langit dan Terkena Mata
Gambar mata Susan selepas bermandi najis

Tambah Susan lagi, bau najis itu sangat busuk dan anaknya yang berusia 21 tahun itu muntah dengan serta-merta. Ketika Susan melihat ke arah bumbung kereta, dia ternampak sebuah pesawat sedang terbang di atasnya.

Susan dan anaknya terus memandu ke tempat mencuci kereta untuk membersihkan kereta yang dipenuhi tompokan najis dan diri mereka.

Masih trauma dengan kejadian itu, mata Susan bengkak sebesar bola golf dan disahkan mengalami konjungtivitis.

Insiden itu sedang disiasat oleh Transport Kanada. Pesawat di lapangan terbang Kelowna disyaki merupakan suspek utama memandangkan lapangan itu paling hampir dengan tempat kejadian.

Sumber: MashableAsia

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.