Header Ads

'Saya harap saya juga syahid seperti mereka' - Doa Razan Akhirnya Termakbul

Razan Ashraf Najjar

Razan Asyraf Annajaar atau lebih dikenali sebagai Razan Annajaar merupakan seorang gadis berusia 21 tahun yang menyertai team sukarelawan medik yang bertugas untuk merawat pejuang Palestin yang berjuang untuk menyelamatkan Gaza.

Namun, Razan Annajaar akhirnya terkorban apabila beliau ditembak Sniper Zionis. Kementerian Kesihatan Palestin menegaskan Sniper Zionis tersebut sengaja menembak mangsa.

Berikut merupakan laporan dari MyCare.

SUKARELAWAN MyCARE DIBUNUH ZIONIS ISRAEL!

AllahuAkbar! Pilu hati kami mendapat berita dari pegawai kami di Gaza.

Razan Ashraf Najjar @razan.asnajar رزان النجار yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a.

Razan pernah berkata, "Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan."

"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka."

Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta.

Razan menjadi sukarelawan kami sejak Ramadan tahun lepas.

Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah lebih menyayangi Razan.

Kami kehilangan 2 orang sahabat dalam masa terdekat ini. Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Semoga kedua-duanya dikurniakan syahid.

Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat-sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.

Razan Ashraf Najjar Syahid
Razan Asyraf Najjar, gadis cantik berumur 21 tahun memilih untuk berjuang demi membebaskan tanah airnya.

Razan Ashraf Najjar Syahid

Razan Ashraf Najjar Syahid

Razan Ashraf Najjar Syahid
Kesungguhan Razan membantu rakyat Palestin yang cedera ditembak sniper Zionis Israel.

Razan Ashraf Najjar Syahid
Gas pemedih mata tidak dapat menghalang Razan untuk menyelamatkan rakyat Palestin yang cedera. Kesungguhan beliau sangat menginspirasikan kita.

Razan Ashraf Najjar Syahid

Razan Ashraf Najjar Syahid

Razan Ashraf Najjar Syahid
Ibu Razan memeluk baju jururawat milik Razan yang dipenuhi dengan darah anaknya.

Razan Ashraf Najjar Syahid
Rakan-rakan seperjuangan Razan sebak melihat jenazah Razan di hospital. 

Razan Ashraf Najjar Syahid
Rakan-rakan seperjuangan Razan sebak melihat jenazah Razan di hospital. 

Razan Ashraf Najjar Syahid
Saat Razan ditembak di dada oleh sniper Zionis Israel. Gambar bawah baju milik Razan dipenuhi darah. 

Razan Ashraf Najjar Syahid
Rakan-rakan seperjuangan Razan sebak melihat jenazah Razan di hospital. 

Kami di sini akan terus menyalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat di Palestin.

Kami merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang Penajaan Makanan (Sahur, Iftar dan Pek Makanan) dan Hadiah Raya yang akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat ditempat-tempat berikut:

✔️ Gaza
✔️ Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis) 
✔️ Tebing Barat
✔️ Syria
✔️ Lubnan
✔️ Yaman
✔️ Cox’s Bazar
✔️ Malaysia

Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad'

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

Maklumkan melalui email ke myramadan@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282

"Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan."
- HR Bukhari dan Muslim

Sebarkan supaya lebih banyak perut yang terisi!

Jangan lupa doakan kesejahteraan buat as-Syahid Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

#RamadanKita #NikmatBersama #MyCARE #GreatReturnMarch #GRM #مسيرة_العودة_الكبرى #Nakbah70 #AqsaSyarif #JerusalemIsTheCapitalOfPalestine
#Gaza #Ramadan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.