Header Ads

'Dulu gunakan agama untuk berubah, rupanya marketing je'

Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Sekiranya korang pernah mengikuti kisah Safiey Illias bagaimana beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sehinggalah bergelar seorang jutawan, pasti korang kagum dengan semangat dan bakat yang ada pada beliau.

Kisah penghijrahan Safiey pernah viral suatu ketika dahulu malah mendapat sokongan padu dari netizen. Rata-rata netizen memuji tindakannya itu dan sangat gembira dengan berita penghijrahan itu.

Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Namun, setelah sekian lama, Safiey tiba-tiba senyap dan mendiamkan diri. Sehinggalah terdapat ura-ura yang mengatakan Safiey telah kembali ke jalan hitam.

Beberapa individu turut mendedahkan terjumpa Safiey dengan pakaian perempuan dan ia dinafikan dengan keras oleh segelintir netizen.

Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Sehinggalah Safiey sendiri mendedahkan dirinya masih memilih jalan hitam. Hancur lebur kepercayaan netizen terhadap Safiey. 

Alasan utama Safiey memilih jalan hitam kononnya adalah kerana kecaman dan hasad dengki haters. Kini, Safiey dengan bangganya siap mempromosikan teman lelakinya di Instagram selain mempromosikan produk terbaharu keluarannya. 

Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Terbaharu, Safiey didakwa tidak menghormati bulan Ramadan apabila dengan selamba berkongsi video tayang 'aset' di Instagram miliknya.

Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Video Safiey itu mengundang kemarahan netizen sehingga ada meluahkan rasa jijik terhadap video tersebut. Seperti dijangka, Safiey 'sentiasa positif' dan tidak menghiraukan kritikan netizen.

Berikut antara komen dan kritikan netizen.
Safiey Illias Dikecam Kerana Tayang 'Aset'

Sumber:  IG Safiey Illias

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.