Header Ads

'Kau bayangkan, lelaki pun kena histeria' - Pengalaman Seram di Kolej Perindu

Pengalaman Seram di Kolej Perindu

Setiap pelajar kolej terutama mereka yang tinggal di asrama mungkin saja pernah mengalami gangguan dan pengalaman seram yang mereka rahsiakan.

Di sini, kami kongsikan kepada anda pengalaman  S. Faizal yang mendakwa mengalami gangguan semasa tinggal di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam.

Kolej Perindu

Berlaku pada 2008. Kisah benar. Aku tak bertanggungjawab kalau kome takut nak duduk situ.

Aduh. Aku mengeluh panjang juga bila tahu yang kami bakal ditempatkan di blok Perindu 4. Untuk pengetahuan, kolej Perindu mempunyai 4 blok dan ianya adalah satu satunya kolej kediaman lelaki di dalam UiTM Shah Alam, cuma kolej Teratai ada juga lelaki( 2blok je)

Semester lepas dan sebelum kami ditempatkan di blok 1 dan 2. Blok 1 dan 2 ni bukan apa, blok yang dua ini keadaannya masih lawa dan nampak sejuk mata memandang sebenarnya. Lantainya berjubin, dekat dengan dengan kafe dan taklah sunyi.

Kalau korang nak tahu, aku menginap di kolej sehingga aku tamat belajar, itu pun sebab aku aktifkan diri di kolej. Aku sertai salah satu persatuan di kolej dan kami bergiat aktif. Persatuan Kela aku terdiri dr 8 orang ahli majlis tertinggi danditempatkan satu bilik.

Minggu pertama di fakulti tiada apa sangat pun. Terima jadual kelas dan berborak dengan kawan-kawan, mana taknya, hampir 2 bulan tak bersua. Aku balik ke kolej kira-kira jam 3 petang.

Jujur aku cakap, walau jam 3 petang, keadaan di situ sunyi. Sebelum ini, blok yang aku duduki semuanya berpenghuni. Oh ya, aku duduk di tingkat paling atas, kelab dalam kolej yang lagi 4 duduk di tingkat bawah sekali. Sebelah bilik aku stor tilam!

Usai tiba di katil, aku labuhkan badan. Terlelap! Tahu-tahu sahaja jam dah mencecah angka 6.40 petang lebih kurang. . Terlepas hendak bermain futsal. Aku jenguk telefon, ada dekat 3 panggilan tak dijawab dan 2 mesej SMS Padanlah, telefon aku dalam mod senyap

Aku segera bangun dan capai tuala. Aku tak solat Asar lagi sebenarnya. Aku bergegas ke bilik air yang terletak di hujung bilik. Aku mandi ala kadar. Aku bergegas keluar dari bilik mandi dan duummmmmm!

Terlanggar perempuan misteri

Aku terlanggar seseorang. Kesan dari perlanggaran itu aku terduduk jatuh, dek kerana selipar yang licin dan ditambah aku tak pakai cermin mata ketika itu (aku rabun jauh).

Aku dongakkan kepala, di hadapan aku ada susuk tubuh. Aku kecilkan mata, sah! Perempuan! Belum sempat aku cakap apa-apa, susuk tubuh perempuan itu sepantas kilat masuk ke dalam bilik air!

Lebih kurang selang beberapa hari, sewaktu hari Sabtu, kami satu bilik apa lagi, bermain game Counter Strike lah! Masing-masing tiada kuliah. Selepas Isyak kami mula main.

Punyalah asyik sampai tak sedar jam dah hampir 12 malam. Kami berhenti pun untuk makan.
Kira kira jam 2 pagi kami selesai makan semua, aku menyambung permainan tadi. Kawan aku yang lain semuanya dah buat hal masing masing.

Dalam bilik aku didiami oleh aku, Wan, Hafiz, Khalid, George ( Sabah),Jacob (budak Sarawak), Ahmad dan Syamsul.

‘Kreenngggggg’ Masing-masing terdiam. Aku berhenti mengadap komputer. Aku ingat aku seorang yang dengar, rupanya yang lain pun dengar. Bunyi besi diseret ke lantai!

‘Krengggg’ Sekali lagi bunyi itu kedengaran! Aku telan air liur. Bulu roma aku dah mula merinding. Aku lihat Jacob mula bangun dan mengintai di celah-celah tingkap. Mujur susunan loker, kami hadang tingkap.

Kalau tak mesti nampak! Wan mula merapati Jacob, mereka berdua tertunduk-tunduk di celah loker. Wan memandang kami dan menunjukkan isyarat ‘nothing happen’ .

Dammmmm! Pintu bilik kami dihentak sesuatu! Aku syak kena hentak dengan rantai besi! Aku terus melompat dari kerusi dan rapat dengan yang lain. Serius, aku dan yang lain takut. Kalau korang nak tahu, posisi laptop dan komputer masing masing mengadap pokok besar.

Daaammmmmm! Sekali lagi! Aku tengok Khalid dah berdiri. Mulutnya terkumat kamit. Kami yang lain tergumam. Untuk pengetahuan, Khalid ni seorang yang gemar ke surau dan masjid. Dia ni pun selalu juga mengikuti usrah di masjid sekitar Shah Alam

Pengalaman Seram di Kolej Perindu

Lembaga berambut panjang di depan pintu

Khalid perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu, tombol pintu di putar dan daun pintu diselak sepantas kilat!

Korang nak tahu apa ada depan pintu? Ada lembaga berambut panjang sedang duduk bercangkung mengadap kami! 

Allahuakbar!” Khalid bertempik! Aku dan yang lain menjerit! Bayangkanlah, lelaki menjerit! Nampak macam lucu, tapi itulah, bayangkan kalau korang mengadap benda serupa ini .

Susuk tubuh itu kurus kering, muka cengkung menggerikan. Perlahan ianya mengangkat muka, aku cpt2 paling! Khalid bertakbir! Yang aku tahu ketika itu, lembaga itu ghaib dari pandangan, cuma yang tinggal bunyi orang mengilai dan sesekali bunyi rantai dari atas bumbung!

Wan bingkas bangkit dan menarik Khalid dan menutup pintu sekuat hati! 

“Apa tuu! Hoi! Kita pindah la esok! Aku tak tahan la macam ni!” Bentak Wan.Aku terpinga-pinga. Akhirnya kami duduk rapat-rapat dan masing-masing buka cerita.

Semuanya kena dengan lembaga yang sama, jelmaan wanita berambut putih dan mukanya pucat serta matanya terbeliak merah! 

Wan ‘bertemu’ lembaga ini sewaktu dia balik dari bermain futsal.

Dekat bawah blok kami ada gelanggang badminton dan ada juga goal post bola keranjang. Wan cakap dia nampak ada orang tergantung dekat situ!

Bila dia bergegas turun bawah, kepala sudah bercerai dari kepala. Dan yang celakanya, badannya itu berjalan menuju Wan! Kepala masih melekat di tali gantung

Hafiz pula ternampak kelibat ‘wanita’ bila dia balik dari Restoran Hakim di seksyen 7. Begini, Hafiz ini boleh dikategorikan sebagai runner kami bila kami mengidam nak makan makanan selain kafe.

Kebiasaan dialah yang akan keluar beli makanan. Hari kedua di blok ini rupanya Hafiz dah berjumpa dengan ‘wanita’ ini. Kata Hafiz,

“Masa aku nak naik tangga hujung tu, ada yang tunggu dekat tepi bilik air! Hoi, aku dah cuak, dia berdiri je tengok aku! Ujar Hafiz.

Ada dua lembaga

Jacob dan George pula kena kacau masa mereka di bilik air. Sedang asyik mandi (mereka yang dua ni gemar mandi malam), lampu bilik air tertutup. Pada mulanya Jacob ingat kami yang sengaja mengusik. Bila dia dan George keluar, takda siapa pun.

Bila mereka masuk semula ke dalam bilik air, wanita itu dah menunggu mereka berdua di dalam kubikel mandi! Berdiri tegak memandang mereka berdua. Yang seramnya, ada dua lembaga yang sama! Memandang tepat Jacob dan George! Patutlah ada 1malam dorg ni tergopoh-gapah masuk bilik.

Ahmad, rakan sebilik kami yang agak pendiam pun terkena. Dia budak landskap, jadi awal semester dah ada projek. Satu hari itu, dia balik dari fakulti ke kolej dengan berjalan kaki,

sebab jarak kolej dan fakulti tak jauh mana, sewaktu dia melepaskan dahaga di mesin air watercooler di tingkat bawah, kepalanya ditekan dari atas sewaktu dia tunduk hendak minum!

Bila dia menguis belakang kepalanya, tangannya tersentuh dengan tangan seseorang. Panas dan kukunya panjang! Bila si Ahmad ni berpaling, lembaga wanita itu dah berada di belakang dia, berdiri satu kaki tinggi dari dia. Senang cerita, terapung!

Syamsul pula bagi aku ceritanya menyeramkan juga. Begini, sewaktu kami tiada di bilik, ketika itu hanya dia dan Khalid saja. Awal lagi sebenarnya waktu itu, kira-kira jam 8 malam ke atas. Sedang si Syamsul menaip tugasan kuliah, dia perasan pehanya disentuh.

Ketika itu dia duduk di meja belajar, bayangkan ruang kaki meja belajar agak sempit sebenarnya. 

Beberapa kali juga dia perasan yang peha dan kakinya dikuis sesuatu. terkejutnya bila dia menjenguk pandang ke bawah, ada perempuan bermuka pucat menyeringai sedang melihatnya!

Mujur ada Khalid! Syamsul terkena histeria waktu itu. Mujur mudah bagi Khalid untuk memulihkan Syamsul. Dia sekadar meracau dan menjerit-jerit sahaja. Sewaktu Khalid menenangkan Syamsul, kata Khalid, “

Kenapa kami je diganggu?

ada satu malam, seingat aku berbaki 4 hari sebelum tempoh rayuan kolej tamat. Kami satu bilik pergi melawat ke bilik bawah. Ingat tak, dekat tempat aku menginap ada 5 bilik je terisi.

Kami menyoal mereka mengenai hal jelmaan semua. Tiada! Mereka beritahu kami tiada apa gangguan yang berlaku! Aman damai. Aku dan yang lain mula tak sedap hati. Kenapa jadi begini? Kenapa kami saja yang diganggu?

Sebenarnya bilik kosong sebelah kami itu bukan stor tilam secara ‘rasmi’ tapi di situ kami pernah mengintai, memang berlonggok tilam-tilam, loker dan beberapa buah kerusi tunggang-langgang. 

Mungkin perabot yang sudah rosak mungkin.

Makin lama makin kuat bunyi suara orang menangis. Kami apa lagi, duduk berhimpit rapat-rapat! 

Khalid arahkan supaya kami yang beragama Islam mengambil buku bacaan Surah Yassin. Malam itu kami sepakat membaca Yassin. George dan Jacob hanya duduk diam melihat kami.

Sewaktu kami baca Yassin, bunyi orang menangis bertukar jadi bunyi orang menjerit dan marah. 

Bunyinya betul dari bilik stor sebelah! Usai membaca Yassin, bunyi orang menjerit dan marah masih berterusan. Sekejap-sekejap bunyi dinding dihentak. Kadang kala pintu kami dicakar-cakar.

Khalid ketika itu mengajak kami keluar, arahkan kami supaya tinggalkan bilik dan pergi menumpang bilik kawan-kawan lain di blok depan. Kami semua bersetuju kerana masing-masing sudah ketakutan.

“Aku tak tahan juga ni geng...” keluh Khalid.

Aku dan yang lain angguk setuju. Waktu kami hendak keluar dari bilik, daun pintu diselak, lembaga wanita itu betul-betul berbaring di depan pintu! Wajahnya sugul dan sedih, memandang tepat ke arah kami!

Ketika itu lampu koridor kami lupa hendak hidupkan, biasan lampu bilik saja dah bikin hati kami seram. Wan cepat-cepat menutup daun pintu.

Aku rasa sampai sini sahajalah perkongsian aku, ada lagi beberapa benda yang aku rahsiakan .Kalau nak tahu, eloklah jumpa aku depan depan. Kita buat bulatan unggun api dan bercerita hantu sampai Subuh.

Akhir sekali, aku harap sesiapa sahaja yang sedang menginap di Kolej ini, percayalah, gangguan semua ini dah berakhir.

Melainkan kalau korang yang gatal tangan seru ‘dia’ balik.

TAMAT

Sumber: @MFSFaizal

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.