Header Ads

'Budak ini yang jahat aniaya anak dara orang, permainkan perasaan orang' - Pengalaman Pertama Jadi Pembantu Perawat

Pengalaman Pertama Jadi Pembantu Perawat Lihat Guru Berlawan Dengan Tok Batin

Menjadi seorang pembantu perawat bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan semangat yang tinggi selain keinginan dan minat yang mendalam. Mana taknya, tugas tersebut bukan berurusan dengan manusia. Tapi, makhluk ghaib.

Di sini, kami kongsikan kepada anda semua pengalaman pertama seorang perawat yang tidak boleh dilupakan olehnya saat gurunya bertarung dengan Tok Batin. 

Mampukah gurunya menewaskan Tok Batin itu? Korang baca kisah di bawah.

'Wajah pesakit suram'

Macam biasa.. aku tak minta banyak..sebelum aku mulakan cerita ni. Harap2 kalian membaca didalam keadaan yang tenang. Dan pastikan kiri kanan tak ada orang ya. #berlawandengantokbatin

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti nama didalam ini bukan nama sebenar. Segala nama telah diubah. Dan cerita ini adalah pengalaman pertama aku sebagai pembantu perawat merawat pesakit yang hardcore gangguannya.

Dan sebelum kisah ni bermula.. saya sekali lagi menegaskan TOK BATIN ni bukan lah ketua bg puak orang asli atau mana2 nama yg sama dengan tok batin.. kami menggelarkan tok batin kerana bomoh ni cara percakapan seperti orang asli.

Aku belajar merawat dari zaman aku student dimmu.. jadi bila ada masa aku akan pergi bantu guru aku sambil aku belajar cara2 merawat orang.

Malam tu(tahun 2011) aku sampai lewat dekat rumah guru aku. Sampai2 je dah ada pesakit dalam rumah guru aku.

Dengan tangan yang terikat. Wajah pesakit (cahaya wajah) suram je. Kepala bersopak terlihat kudis2 yang jelas pada kepala dia.

Tubuh yang kurus kering ibarat sakit yang lama dan menanti hari untuk pergi menemui ilahi.

Aku time ni tak berapa arif dalam rawatan maklum lah aku masa tu pun khidmat sebagai pembantu sahaja. (Sekarang pun cetek lagi ilmu aku)

Sesekali aku tengok pesakit tu menangis, gelak, meraung..

Aku lihat guru aku relax je tak menggelabah pun.. jadi aku pun chill je. Tetiba guru aku kata.. "jebat(walaupun bukan itu yang guru aku panggil tapi dah korang kenal aku dengan nama jebat kan) apa terpacak je dekat situ.. pergi ambil wudhuk cepat!"

Aku yang terpacak je tadi gerak la pergi ambil wudhuk. Yang best nya time aku nak pergi ambil wudhuk pesakit dengan spontan tenung aku dan yang paling best aku kena kahak beb.. pergh syahdu gila time tu ikut kan hati konpem aku tinju2 pesakit ni

Darah muda.konpem la panas kan.

Pesakit bernama Haikal tu seorang kasanova

Aku cuci muka , ambil wudhuk.. sejuk kan hati. Istighfar banyak2.. baru aku duduk dekat dengan guru aku.. time tu guru aku suruh aku lepaskan semua ikatan2 yang ada pada pesakit.. (dlm hati bengang lg time ni) sekali tu aku kena terajang pula. Syahdu sekali lg

Habis selesai buka semua ikatan. Guru aku cakap. Kamu jangan banyak tanya ikut je apa yang saya suruh. Perhatikan apa sahaja pesakit ni nak buat. Banyakkan memerhati dan belajar dari situasi.

Tangan pesakit laju je rentap rambut diri dia sendiri.

Baru aku faham kenapa kepala dia bersopak2. Jelas darah2 hanyir menusuk ke dalam hidung kami.. bayangkan rambut kita genggam lantas kita rentap sekuat hati apa akan jadi pada kulit kepala kita.. itulah punca kepala pesakit menjadi berkudis.

Aku tak pandai nak tulis loghat orang asli.. tapi aku tulis apa yang dia sampaikan yang aku faham je la ya.. "kamuk org kenapa ganggu aku.. aku orang baik.. budak ini yang jahat aniaya anak dara orang, permainkan perasaan orang. Dan orang itu datang mengadu pada diri aku.

Aku hanya membantu orang. Jadi jangan kamu semua sibuk didalam urusan aku." Kata suara disebalik pesakit.

Sepertinya ini perbuatan khianat orang. Aku ingatkan masalah mental pada mula2 aku sampai tadi.. siap kena ikat kan. Yela aku pembantu time tu.kena la paham oii

Guru aku minta izin kebelakang.. untuk solat hajat sekejap . Selesai doa dia sambung ruqyah.. sampai hilang gangguan pada pesakit.. pesakit dibiarkan rehat dalam lima minit. Guru aku soal siasat pesakit.( sebenarnya bagi rehat utk pulihkan tenaga pesakit.. agak pesakit tak k.o)

Selesai interbiu baru la tau yg pesakit menanggung sakit hampir 6 bulan. Keluar masuk hospital dr kata tiada penyakit.. check dengan pakar psychiatrist kata nya pesakit ni hanya mengalami tekanan.

Ye la tekanan tapi apa punca.. oh ya pesakit ni namanya haikal

Haikal cerita sebelum dia start sakit dia ada menolak cinta seseorang terhadap dia. Haikal jenis happy go lucky yang mana dia cepat mesra dengan orang. Dan dia suka memberikan harapan palsu pada perempuan2.. ibarat kasanova la pesakit ni..

'Kalau aku tak dapat kau, kau ingat kau boleh lepas macam tu je?'

Tapi ada sorang minah ni tak boleh terima, dia heartbroken teruk sebab dia percayakan haikal nak kan diri dia betul2. Akhirnya perempuan ni hantar satu bungkusan pada haikal.. haikal pula "bijak" dia buka nampak ada segumpal rambut dalam bekas tu.. dengan sekeping nota.

"Kalau aku tak dapat kau, kau ingat kau boleh terlepas begitu je dari aku. Kau pernah simpul mati perjanjian kau ingin kahwin dengan aku. Tapi sekarang kau hancurkan hidup aku. Sekarang masa utk kau pula rasa apa yg aku rasa" psycho beb tahap meroyan ni

Saban hari tubuh haikal kian susut.. gatal2 diseluruh badan sehingga sampai ke kepala. Selera makan langsung tiada ibarat nafsu haikal di ikat.

Haikal jadi seperti orang gila.. cakap sorang2. Menangis, dan yang paling mengerikan... haikal mulai menggigit tangannya sendiri

Sehingga tangan belah kanan haikal jadi disable gara2 infection.. tak cukup dengan tu haikal akan sering menghantukkan kepalanya di dinding. Kerana ada suara2 halus yang sentiasa mengganggu diri dia.

Tidak cukup dengan tu, Haikal akan cabut rambut2 dikepala dia.. bilamana dia tak tahan menahan gatal yang teramat di kepala dia. Sampai tahap haikal jadi tak betul sampai kan dia lari keluar rumah tanpa seutas benang pada tubuh haikal.

Haikal dikejarkan ke hospital.. dan pihak hospital mengatakan haikal ada penyakit schizoprenia (mental disorder) jadi sepanjang tempoh beberapa bulan tu keluarga haikal berikhtiar dengan bermacam cara. Bomoh,dr pakar, ustaz semua mereka dah cuba..

Kami ni kira keberapa entah yang dorang datang bawa haikal utk berikhtiar.

Malam itu kami minta keluarga haikal siapkan daun bidara dan bawa air dari 7 kolah masjid.. kami minta haikal diberikan rehat secukupnya. Kerana malam itu hanya pengenalan awal rawatan kami dengan haikal.

Ada 3 fasa rawatan

Sebelum pergi lebih jauh korang fikir..

Kami ada 3 fasa rawatan. Satu ialah pengenalan..

Fasa kedua lebih pada serangan. Fasa ketiga adalah sesi syifa(penawar) dan sesi tarbiah sentap 7 petala langit kalah fana kena bayan..

Pada malam tu aku dengan guru bermimpi benda yang sama. Dikepala haikal penuh dengan binatang berbisa. Diperut ada ulat dan ada sekeping papan hitam yang menekan perut haikal.

Usai subuh aku cerita dekat guru aku perihal mimpi tu, guru aku pun cerita benda yang sama. Guru aku berpendapat ilmu yang dikenakan pada haikal ni ilmu papan sekeping.. atau ilmu yang nak bg mati dalam keadaan pelahan pelahan sambil mengaibkan haikal.

Pasal ilmu papan sekeping aku tulis details dalam buku aku nanti.. jadi aku teruskan perihal rawatan hari kedua.. hari kedua ni banyak kejadian2 ganjil yang berlaku.. yang kalian sukar untuk percaya nya.

Tatkala haikal sampai.. guru aku siapkan 7 biji kelapa utk haikal minum. Selesai sesi ruqyah.. dan pemagaran di sekeliling kawasan. Haikal diberikan minum air kelapa.. setiap air kelapa harus haikal mulai dengan surah alfatihah (pembacaan dalam satu nafas) dan lalu minum...

Setiap kali habis satu biji kelapa. Haikal akan muntah habis segala isi didalam perut haikal.. yang hairan bin ajaib nya.. makanan tak ada.. yang ada hanya lendir2 hijau yang amatlah busuk..

Pada air kelapa yang ketiga keluar ulat2 dari muntah haikal.. alhamdulilah air kelapa yang ke 5.. muntah haikal hanya keluar muntah angin sahaja menandakan clear total apa yg selama ini menghantui dalam perut haikal.

Selepas dah habis muntah barulah haikal dibawa mandi. Tatkala mandi ini haikal perlu dimandikan bukan dia mandi sendiri.. ibarat ingin melepaskan sesuatu yang diikat pada haikal. Aku sambil2 membantu tu kaget bila lihat sopak2 dekat kepala haikal gugur satu persatu.

Nanah dan darah2 ketul keluar dari celah luka di kepala haikal.. dan sekali lagi ada ulat yang keluar dari luka di kepala haikal. Menangis haikal menahan kesakitan tu. Aku pun sebak tengok keadaan pesakit. Apakan daya kita nak ikhtiarkan..

Pastu aku tengok serbuk2 berkilat keluar dari celah2 kuku dan liang2 roma pada tangan haikal.. aku perhati betul2 rupanya miang buluh dicampurnya dengan kaca yang keluar.. Allah.. ketika ini mak haikal dah tak tahan dah sebak.

Tiba-tiba cahaya seperti api muncul di langit

Guru aku suruh haikal perbanyakkan istighfar didalam hati dan perbanyakkan minta Allah ampun kan dosa diri dia.. kerana doa orang yang teraniaya ni diangkat langsung kepada ALLAH. Begitu juga dengan keluarga haikal. Guru aku suruh perbanyakkan membaca ayatul qursi.

Selesai mandikan haikal. Tidak semena2 ada satu cahaya seperti api melintas di langit.. guru aku baca sepotong ayat yang aku tak berapa nak tangkap sangat sebab khusyuk lihat cahaya tu.. guru aku tempik "aku berlindung dengan ke Esaan ALLAH dari ancaman makhluk2 halus"

Booommmmm. Macam bunyi benda meletup. keluarga pesakit pun lihat kejadian tu. Guru aku cakap kalau nak tau itulah cara orang menghantar santau melalui angin jika kita nampak dan kita berlindung dengan keesaan allah. Lantas kita tegur cahaya tu. dengan izin ALLAH. Hancur santau tu

Orang yang tukang hantar tu masih tidak berhenti menguji dan tidak putus asa terhadap matlamat dia utk menjahanamkan hidup haikal. Tapi kekuasaan ALLAH. Penyakit yang dialami oleh haikal terjawab sedikit demi sedikit.

Siap haikal menukar persalinan pakaian dia.. guru aku suruh haikal duduk berhadapan dengan guru aku.. dan ketika ini teknik kembara rohani digunakan.. untuk berdialog dengan yg tukang hantar sihir ni.

Tatkala menggunakan teknik kembara ini perlukan penghayatan yang tinggi jadi guru aku minta semua yg ada senyap dan jangan ganggu dia dan haikal. (Ye la tak ganggu. Buek la apo yg nak di buek)

'Aku hanya membantu orang yang teraniaya'

Guru aku tanya "maukah kamu menerima tawaran dari aku? Agar kita dapat berdamai tanpa ada diantara kita yang kecelakaan?"

"Apa tawaran mu" keluar dari mulut haikal.

"Maukah kalian hidup dalam keadaan tenang dan damai?maukah kalian mengenali islam"

"Islam itu agama cinta damai yang mana engkau akan terselamat di dunia dan akhirat. Hidup kau akan lebih tenang pabila engkau mengenali islam. Dan islam menegah keras apa perbuatan dan perlakuan yang kamu lakukan sekarang ini"

" Aku memberikan jaminan yang islam itu mampu mengeluarkan hidup kalian dari kemungkaran yang nyata ini ke jalan yang Tuhan redhai"

"Tiada siapa sampaikan agama pada aku. Kami percaya apa yg nenek moyang kami ajar. Itu hidup kami"kata suara yg keluar dari mulut haikal.

"Tapi darimana kau dapat kekuatan mengalahkan aku?"

"ALLAH." Kata guru aku.

"Siapa ALLAH? Aku nak belajar dengan dia. Ceritakan aku tentang ALLAH"balas diri dia.

ALLAH itu adalah tuhan bg sekalian alam.. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan"

Engkau akan mengenali ALLAH apabila engkau memperlajari Agama Islam.

"Hmmmmm aku mohon maaf kerna aku silap. Aku sangka apa yang aku buat hanya bantu orang yang teraniaya. Apa kamu hendak aku membunuh perempuan itu?"

Guru aku cakap "tak perlu cukup sekadar engkau pesan pada dia kembali lah pada ajaran islam. Bertaubatlah kata pada dia.. urusan aku dengan kamu sekarang cukup lah kamu menggunakan keilmuan kamu dijalan hitam sebegini.. nanti aku akan cari kamu di balik bukit di ..... "(rahsia)

Selesai urusan kembara rohani, haikal jadi lelah seperti baru lepas berlari walhal dia duduk depan guru aku je.

Perempuan yang hantar santau merayu minta ampun

Haikal dibekalkan beberapa amalan pendinding..

Keesokkan harinya. Haikal dan keluarga sekali lagi hadir ke rumah guru aku. Kali ini haikal membawa berita perempuan yang aniaya dia.. merayu2 agar dia diampunkan..

Haikal minta pendapat guru aku..

"Selagi mana dia islam . Dia adalah saudara/saudari kamu.. haikal kamu juga ada salah pada diri dia..

kamu permainkan hati dia. Dendam itu berpunca dari perbuatan kamu. Seandainya kamu menjaga ikhtilat kamu dengan wanita yang bukan mahram in sha ALLAH x jadi macam ni"

"Ini adalah teguran dari ALLAH yang nyata bg diri kamu. Maafkan dan mohon maaf juga dari dia" ujar guru aku.

Tersentak haikal dengan family dia. Masing2 muka merah tunduk je menahan malu..

Alhamdulilah aku pun dah lama tak jumpa haikal. Plus pesakit ni tatkala kita rawatlah kita berpeluang untuk tarbiah dan menyampaikan dakwah.

Perempuan yang menganiaya haikal tidak sampai dua minggu meninggal dunia menghidapi penyakit yang lebih kurang sama seperti haikal

Jadikan pengajaran jangan sesekali memainkan perasaan orang. Jika tak nak katakan yg elok2.. jangan permainkan. Kerana kita tidak tau sampai ke tahap apa orang sanggup lakukan utk menjahanamkan diri kita.

Haikal tu bukan nama sebenar.. jangan pula korang pergi tanya membe2 korang yang nama haikal pula ya.. 

Sumber: @jebat_165

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.