Header Ads

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

Seorang pelajar Universiti Ankara dengan selamba 'Mention' (menyebut) nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di status Twitternya dengan mempelawa Presiden itu datang untuk sahur bersama dan statusnya itu mendapat ribuan retweet sehingga menarik perhatian pemimpin Islam terkuat itu.

Pelajar Universiti Ankara yang bernama Gungor Atak menulis mesej dalam bahasa Turki yang berbunyi,

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

"Presiden yang terhormat, bolehkah anda menjadi tetamu kami di asrama Hüseyin Gazi dan sahur bersama?"

Erdogan dengan nada disangka bergurau membalas,

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

"Saya akan datang jika teh anda siap."

Erdogan betul-betul datang

Tanpa disedari, Erdogan memang memasang niat untuk berjumpa dengan pelajar Universiti tersebut dan akhirnya beliau hadir untuk bersahur bersama walaupun jadualnya sangat ketat, beliau sempat meluangkan masa untuk bersahur bersama pelajar-perlajar itu.

Rata-rata pelajar di Universiti Ankara terkejut dengan lawatan mesra Erdogan dan pastinya yang paling terkejut adalah pelajar yang mempelawa Erdogan untuk datang bersahur bersama.

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

Tindakan Erdogan bersahur bersama pelajar-pelajar Universiti Ankara mendapat liputan meluas media baik dalam dan luar negara.

Ramai memuji sikap sporting Erdogan dan sikapnya yang mesra rakyat. Bukan mudah nak cari pemimpin berkaliber yang rendah hati seperti beliau.

Pelawa Erdogan Bersahur Bersama, Pelajar Terkejut Presiden Itu Betul-betul Datang

Erdogan turut berkongsi video sekitar lawatannya ke Universiti tersebut di akaun rasmi Twitter miliknya. Rata-rata pejalar Universiti tersebut teruja dengan kunjungan Presiden mereka. Korang tengok sendiri reaksi pelajar-pelajar tu.


Sehingga kini, Erdogan dikenali sebagai pemimpin terkuat yang berani dan tegas sehingga membuatkan musuh-musuh Islam gentar dengannya termasuklah pemimpin-pemimpin kaum sekular dan penentang Islam.

Semoga Erdogan dipanjangkan umur dan dapat terus berbakti kepada rakyat Turki dan masyarakat dunia.

Sumber: The News

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.