Header Ads

'Murahnya Maruah Melayu' - Netizen Gesa Hentikan Trend Hujan Duit

Netizen Gesa Mood Republik Hentikan Trend Hujan Duit

Mood Republik terkenal dengan gimik hujan duit dan itu merupakan antara tarikan utama pengunjung selain kehadiran selebriti-selebriti ternama tanah air dan produk-produk grand yang dijual di event tersebut.

Namun, menurut segelintir netizen, gimik hujan duit yang dilihat seperti merendahkan maruah orang ramai dan persis seperti memberi dedak kepada haiwan peliharaan itu harus dihentikan kerana ia bukanlah contoh yang baik.

Viral lagi video hujan duit Mood Republik yang dikongsikan oleh @Fred9Fareed di Twitter dengan caption,

"Setiap kali Mood Republik Raya memang akan ada scene Melayu pijak, tendang dan tolak sesama sendiri demi duit seringgit dan lima ringgit."

Netizen Gesa Mood Republik Hentikan Trend Hujan Duit


Fred turut mendedahkan terdapat beberapa insiden yang kurang baik terjadi sepanjang event itu termasuklah ada pengunjung yang pengsan dan cedera akibat berebut duit.

Ramai juga yang setuju agar event sebegini dihentikan kerana ia mengganggu ketenteraman awam dan boleh menyebabkan rusuhan sekaligus menimbulkan kekecohan.

Netizen Gesa Mood Republik Hentikan Trend Hujan Duit

Netizen Gesa Mood Republik Hentikan Trend Hujan Duit

Hujan duit RM100,000

Berdasarkan kenyataan Mood Republik, hujan duit adalah sebanyak RM100,000 namun adakah ia hanya gimik semata-mata kerana nilai sebenar hujan duit jauh panggang dari api.


Cakap kat media 100k padahal tak sampai 10k

Seorang individu yang mendakwa pernah kerja di Mood Republik mendakwa, mereka hanya cakap besar kat media konon bagi RM100k padahal hujan duit tak sampai RM10K.


Sehingga kini, ramai netizen menggesa agar event yang dilihat seperti menjatuhkan maruah orang lain ini dihentikan.

Ramai yang berpendapat, jika betul nak besedekah, bukan begini caranya. Ada lagi cara yang lebih sopan dan tak jelik dipandangan mata.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.