Header Ads

'Lelaki sekarang ramai yang cari isteri kerja kerajaan supaya senang nak buat loan'

'Lelaki sekarang ramai yang cari isteri kerja kerajaan supaya senang nak buat loan'

Siapa tak nak hidup senang kan? Jadi, nak hidup senang kenalah bijak mencari peluang termasuk berusaha mengahwini pasangan yang kerja kerajaan. Nanti senang nak buat loan. Betul dak? Haha!

Jika itulah tujuan anda untuk kahwin, anda sudah jauh terpesong. Ikuti luahan seorang lelaki mengenai realiti kehidupan hari ini, lelaki ramai cari bini kerajaan semata-mata untuk kesenangan diri sendiri.

Orang bujang ramai yang berhasrat untuk memperisterikan mereka yang kerajaan

Bila berbual dengan kawan-kawan bujang. Kebanyakan berhasrat mahu cari isteri berpangkat guru atau pekerjaan dalam sektor kerajaan. Termasuklah minta ‘matt tolong carikan aku doktor perempuan, kau mesti ada kawan-kawan doktor yang belum kahwin. best sikit isteri doktor ni, gaji besar”

Alasannya senang nanti guna nama isteri buat loan kereta atau rumah. Atau senang cerita ada peluang nanti boleh goyang kaki. (sambil gelak melawak)

Lelaki cari bini kerja kerajaan sebab senang nak buat pinjaman

Isteri jadi mangsa suami dayus

Pada awalnya memang mahu melawak. Tapi realitinya inilah yang berlaku hari ini. Isteri yang bergaji besar 5.7k ni akan jadi mangsa oleh suami yang memang jenis goyang kaki. Dalam diam boleh pula kahwin sorang lagi, ini realiti.

Saya kata kepada mereka. Jika itulah tujuan korang mahu beristerikan pekerja kerajaan. Makin ramailah lelaki dayus. Makin ramailah suami abaikan dan mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri.

Ingat tanggungjawab seorang suami

Korang perlu ingat. Tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal, pakaian, peralatan mandian, makan minum, bil-bil air, perbelanjaan anak-anak ke sekolah, perbelanjaan ketika isteri sakit, bayi baru lahir, bil-bil hospital, ubatan di klinik hatta tuala wanita juga tanggungjawab suami.

Ada yang beranggapan dan mengambil kesempatan apabila isteri bergaji besar, maka tanggungjawab tersebut perlu diagihkan kepada isteri juga. Ini sebenarnya dosa bagi suami.

Lelaki cari bini kerja kerajaan sebab senang nak buat pinjaman

Nak kahwin, perlu serius

Jika perkara asas pun korang tidak faham tanggungjawab sebagai seorang suami, bagaimana untuk bina keluarga yang bahagia dan tunai tanggungjawab yang paling besar untuk bimbing isteri dan ahli keluarga masuk syurga?

Saya tambah lagi. Kita berkahwin perlu serius, perlu ada matlamat yang jelas, perlu letakkan diri dan jiwa kita untuk pasangan dan abdikan diri kita kepada Allah, bukan jadikan mereka ‘hamba abdi kita. 

Ketua keluarga yang baik akan berusaha dari masa ke semasa supaya diri aku ini bermanfaat buat pasangan dan ahli keluarga.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.