Header Ads

Lelaki Maut Terjun Dari Bumbung Masjidil Haram Didakwa Membunuh Diri

Lelaki Maut Terjun Dari Bumbung Masjidil Haram Didakwa Membunuh Diri

Masjid al Haram (Masjid Besar) dikejutkan dengan satu insiden yang tidak masuk di akal apabila seorang lelaki terjun dari aras tinggi bangunan dipercayai bertujuan untuk membunuh diri.

Jemaah yang dipercayai warga Perancis itu melakukan tindakan yang tidak diduga itu saat jemaah lain sedang sibuk menunaikan solat.

Cedera parah, patah tulang

Lelaki malang tersebut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 

Menurut polis tempatan, kejadian dilaporkan berlaku pada 9.20 malam waktu tempatan di mana lelaki tersebut tiba-tiba terjun dari bumbung masjid dan membuatkan para jemaah terkejut.

Menurut pihak pengurusan masjid, lelaki tersebut mengalami kecederaan teruk patah tulang rusuk dan tulang lain. Mangsa jatuh di kawasan Mataf.

Bukan kejadian pertama

Polis tempatan memberitahu, kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di Mekah. Seorang lelaki berbangsa Arab juga pernah melakukan cubaan membakar diri di hadapan Kaabah tahun lepas dan mujur tindakannya itu berjaya dihalang pihak berkuasa tempatan.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki malang tersebut terjun dari bumbung masjid dan menghasilkan hentakan yang sangat kuat sekaligus menimbulkan huru-hara.

Video lelaki bunuh diri di Masjidil Haram


Sumber: The News

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.