Header Ads

Kumpul RM7 juta Dalam 24 jam, LGE Kagum Dengan Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

LGE Kagum Dengan Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia seharusnya mengucapkan terima kasih kepada aktivis Shazarina Bakti yang memperkenalkan tabung untuk menyelamatkan negara. 

Shazarina berjaya mengumpul RM13,476.57 dan seminggu selepas itu, ideanya akhirnya diterapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan memperkenalkan tabung Tabung Harapan Malaysia.

Usaha murni itu diterima baik rakyat Malaysia yang rata-rata menyokong dalam mempromosikan dan menyalurkan bantuan kewangan demi mengurangkan beban kerajaan.

Dalam 24 jam, Tabung Harapan Malaysia kutip RM7 juta

Memetik laporan FMT,  sebanyak RM7,075,508.79 berjaya dikumpul kurang dari sehari. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyalurkan bantuan.

Beliau turut mengingatkan penderma agar menyimpan resit derma untuk menuntut pengecualian cukai pendapatan.

LGE Kagum Dengan Semangat Patriotik Rakyat Malaysia
Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia

LGE menyatakan rasa kagumnya dengan semangat patriotik rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang sanggup berkorban termasuk wang ringgit demi negara.

“Rakyat sememangnya sudah membawa semangat patriotik mereka kepada tahap lebih tinggi, sanggup memberikan elaun dan wang lebihan mereka untuk membina semula negara tercinta kita. 

“Rakyat, terutamanya seperti aktivis muda dan graduan undang-undang, Shazarina Bakti, berterusan memainkan peranan dalam membina negara secara serius, dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti selepas kemenangan pada hari pilihan raya 9 Mei baru-baru ini.”

LGE turut berkata, bantuan rakyat ini bakal menyuntik semangat kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi ikrar manifesto.

“Semangat harapan dan bersatu-padu inilah yang akan memangkin kerajaan Pakatan Harapan untuk bergerak maju memenuhi ikrar manifestonya untuk rakyat. 

“Saya juga berbesar hati mengumumkan setakat 3.00 petang, Khamis (31 Mei), Tabung Harapan Malaysia sudah berjaya mengutip RM7,075,508.79 dalam masa kurang 24 jam selepas tabung itu dilancarkan oleh kerajaan. 

“Ini sememangnya pencapaian yang menakjubkan.”

Pengumuman LGE tentang Tabung Harapan Malaysia


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.