Header Ads

'Dia dah buat perjanjian berdarah sehidup semati dengan jin' - Kisah Ilmu Hitam Dari Siam

Kisah Ilmu Hitam Dari Siam

Selain Indonesia, Siam adalah tempat paling popular bagi individu yang teringin untuk menuntut ilmu hitam. Seseorang itu terdorong oleh sifat mahu menjadi lebih 'hebat' berbanding manusia lain sehingga menolak ajaran agama.

Selain itu, seseorang juga mungkin terjebak menjadi pengamal ilmu hitam kerana dendam dan hasad dengki terhadap manusia lainnya.

Apa yang kita saksikan di filem, hanya sedikit jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya terjadi di dunia nyata.

Di sini, kami kongsikan kepada anda kisah tentang seseorang yang terjebak dengan ilmu hitam sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

'Gilakan ilmu persilatan sejak belasan tahun'

Cerita ni 6 tahun lepas sewaktu aku berkhidmat di sebuah pusat rawatan islam yang tak berapa nak terkenal di Malaysia ( walaupun ada nama tapi x berapa orang tau sangat) aku ingat lagi pukul 10 malam macam waktu sekarang ni aku didatangi pesakit (along la sapa lagi kan)

Aku pun layan la along seperti mana pesakit2 aku yang lain.. interbiu la sikit.. tanya nama dan apa masalah dia.. sebab aku tengok along ni ok je macam tak ada masalah.. along pun buka cerita......

Along ni waktu umur belasan tahun gilakan ilmu2 persilatan ni.. segala ilmu kebatinan orang kata dia pergi menuntut sehinggalah berlaku satu kes(yang x boleh disebut) dia lari ke siam..

Di siam dia pun konon2 nak berubah tetapi disebabkan minat dia terhadap ilmu persilatan dia terjebak dengan belajar ilmu muay thai disana...pada mulanya dia hanya belajar fizikal sahaja sampai satu tahap guru yang mengajar dia muay tanya nak tak dia tingkatkan tenaga dalaman dia

Dia pun masih jahil ketika itu ikut sahaja apa yang guru dia cakap. Tapi didalam hati dah rasa pelik sebab guru dia bawa ke tokong jumpa dengan tok cha (sami).

Guru dia cakap dengan tok cha tu yang along nak menuntut ilmu kebal, pengasih, dan penunduk. Bila tok cha tu tengok along.. along angguk je.. walhal satu patah apa pun along tak tau waktu tu.

Dipendekkan cerita along dimandikan oleh tok cha tu.. dan suruh along duduk disatu tempat depan patung buddha dan suruh duduk diam tunggu orang lain yang akan sempurna kan ritual utk along..

Tiba2 datang seorang tok cha yang lain bawa pahat dan penukul.. guru along suruh along bertahan sahaja. Rupa2nya pahat dan penukul tu digunakan utk melakar tatu dibadan along.. uniknya tok cha yang pahatkan tatu di badan along tu BUTA.

'Ritual terakhir sebelum menjadi kebal'

Along redha je la. Dan along ketika itu langsung tidak merasa sakit walaupun badan dia(bahagian belakang dan dada) dipenuhi darah kerana tatu dicecah di badan dia. Siap sahaja tatu dipasang di badan along.. along terpaksa menjalani ritual terakhir sebelum dirinya kebal.

Ritual terakhir along diberikan 3 colok dan berhadapan dengan 3 orang tok cha.. setiap tok cha memakai topeng yang berbeza. Haa ni contoh topeng yang tok cha tu pakai

Kisah Ilmu Hitam Dari Siam

Selesai jampi serapah.. along dipakaikan topeng yang tok cha tadi pakai. Rupanya tiga topeng tu membawa semangat(jin khadam) yang berbeza. Adanya rupa perempuan, kanak2 dan yang terakhir barulah hanuman( dewa perang yang menyerupai monyet putih)

Bila mana along sarung muka dia dengan  topeng yang terakhir.. along menjadi tak sedar dan orang cerita pada dia.. dia menari sebijik macam hanuman (monyet) yang menanti habuan nya utk dikorbankan. Sebijik macam gambar ni

Kisah Ilmu Hitam Dari Siam

Dipendek pendekkan lagi cerita along.. 3 bulan selepas along diturunkan ilmu hanuman ( ilmu hitam) along merasa megah dengan kekuatan kebatinan yang dia ada dan dia rasa sudah sampai waktu untuk dia pulang ke ampang.

Setelah beberapa tahun duduk diampang along cuba utk berumah tangga tetapi semuanya gagal.. bilamana dia bekerja semua majikan tidak ngam dengan dia.. berhentikan dia kerja.. rupa rupanya ada juga kes yang takut dengan along.

Ramai kata dorang selalu nampak kelibat along duduk bertapa di bengkel.. ada yang kata nampak along menangis merayu agar dilepaskan.. walhal along tak buat pun benda tu semua..

'Kenapa kamu amalkan ilmu Siam?'

Sampai la satu ketika.. along ditegur oleh seorang pak cik tua yg agak rapat juga dengan along.. " along, pak cik tengok kamu ni budak baik.. tapi kenapa kamu amalkan ilmu2 siam ni along". Tersentak along time tu.. sedangkan along ni tak pernah cerita perihal di siam..

Along pula bukan nya orang yang kaki pakai singlet.. setiap masa dia pastikan kulit badan dia orang tak nampak.. (dia sorok la tatu dia)

Bermula dari situ along mula bermimpi perempuan muka hodoh menangis2 didepan along.. boleh katakan setiap malam.. dan bila dia terjaga.. dia nampak kelibat kanak2 yang hampir keseluruhan badan terbakar menangis duduk di kaki along..

Kehidupan along mula terganggu.. mula2 hanya gangguan waktu malam(waktu tidur) tak lama lepas tu gangguan dah start waktu siang. (Dalam keadaan sedar)

Pernah along order makan di kedai.. elok je muka akak yg ambil order tu berubah jadi perempuan hodoh dalam mimpi along..  ibarat kata along pejam mata or buka mata kelibat jin perempuan dengan kanak2 tu sentiasa ada dengan along.. 

Mesti korang pikir mana pergi hanuman kan? Jap.

Semua orang yang nak berurusan dengan along semua lari.. bukan sebab nampak hantu tapi bilamana dorang dekat dengan along dorang tak tahan bau bangkai yang meloyakan tekak.

'Ustaz-ustaz pun tak mampu rawat Along'

Along mula pergi mencari ustaz2 untuk membuang.. along rasa ni semua punca dari ilmu hitam yang dia belajar.. 

Waktu dia berubat ramai ustaz2 yang mengalah sebab bila dirawat benda tu tak datang dan tak boleh nak putuskan hubungan along dengan jin tu.

Reason dia.. along dah buat perjanjian berdarah sehidup semati dengan jin2 yang along ambil. Sampai la satu ketika along dijumpakan dengan seorang kiai di masjid (dekat ampang). Along mengadu masalah dia dekat pak kiai.

Pak kiai setuju nak membantu along tapi dia cakap dia bukan perawat dia hanya hamba ALLAH yang cuba membantu along. Sampai je dekat rumah along pak kiai bg je salam terus yang menyambut salam tu 3 suara yang berbeza keluar dari mulut along.

Bermula la dialog antara jin dalam badan along dengan pak kiai. 

"Kau tak akan mampu pisahkan aku dengan budak ni.. budak ni dah berjanji sehidup semati dengan aku" jin 3sekawan

"Tiada kuasa yang lebih hebat dari kekuasaan ALLAH kau hanya jin iblis lakhnatullah" balas pak kiai.

Mula la pergelutan diantara ruqyah dan jampi serapah siam. Macam2 bunyi yang keluar sampaikan bunyi pinggan mangkuk pecah dekat dapur macam orang campak2.bunyi cakar dekat atap rumah along.macam2 bunyi yang ada.. 

Sampai la tahap pak kiai azan 4 penjuru barulah berhenti gangguan

Selesai je kiai azan 4 penjuru.. disusuli dengan pemagaran 4 penjuru.. kiai pergi ke dapur.. dan yang aneh nya tiada satu pun gelas mahupun pinggan atau mangkuk yang pecah.. semua nya elok dekat rak.. kiai ambil segelas air dan letak garam.. lepas syifa diberikan minum pada along

'Gangguan tidak berkurangan, malah makin teruk'

Tapi gangguan pada along tidak berkurangan malah makin teruk dia di ganggu. Dan yang paling ngeri dia tak boleh tahan nafsu utk makan tulang2 saki baki lauk macam tulang ayam ke apa.. dia akan ratah tulang tu tanpa dia sedar.

Along tak putus harapan.. dia pergi ikhtiar ke beberapa tempat sebelum dia sampai ke tempat aku.. dan setiap cerita diatas diceritakan sendiri pada aku.. ok sekarang bermula kisah dia berubat dengan aku..

Macam biasa.. sebelum aku mulakan ruqyah aku akan buat air syifa terlebih dahulu untuk detect benda2 kotor dalam badan pesakit. Mula je aku baca ayat syifa pada air.. riak muka along dah berubah.. seperti marah pada aku.. dan mulut along terkumat kamit baca sesuatu.

Aku pun buat2 la tak tau.. buat je kerja aku. Habis je ayat syifa aku tepuk bahu along.. "haa bang(panggilan biasa aku pada pesakit lelaki) datang sini kena kuatkan semangat bang.. abang nak sihat kan.. kuatkan semangat yakin pada kekuasaan ALLAH".

Reaksi along macam ok. Dah mula nampak waras. Tak ada terjegil2 mata lagi.. aku minta dia selawat dia boleh selawat.. so aku suruh dia pasang niat utk membuang semua ilmu dan kekotoran dalam badan dia.. lepas je niat aku suruh minum air syifa yg aku buat.

Tak sampai setengah gelas dia minum.. dia muntah balik.. terbelalak biji mata.. 

"Panasssss!! Ko semua nak bunuh aku ke apa.. panasss la bodohh! " sambil dia koyak kan baju yg dia pakai.. badan along merah habis macam udang kena panggang merah dia..

Dengan suara garau dia.. tetiba along gelak (faham2 la yg ni bukan along dah ya) "hehehe kau ingat kau dapat pisah kan aku dengan dia.. jangan harap dalam badan dia dah aku siap beranak pinak dalam ni! Kau buang aku. Esok lusa aku masuk balik"

'Along berubah jadi Hanuman'

Aku pun apa lagi.. dah alang2 baju along pun dah koyak.. aku buat tak tau je la apa yang jin tu merepek. Aku mulakan ruqyah dan aku tujukan dekat setiap tempat dekat badan along yang ada tatu..

Setiap kali aku ubahkan telapak tangan aku ke arah tatu along yang lain.. along akan berubah karakter menjadi orang yang lain.. sekejap jadi macam budak kecik yang menangis nak kan mainan..  sekejap jadi perempuan yang cuba menggoda (oii kunyit oii.. )

Tapi setiap kali dia berubah menjadi hanuman.. setiap kali tu juga orang2 dekat sekeliling yang cuba memegang dia makan buah pukul. 

Aku pun apa lg.. pasakkan setiap sendi along di 7 lapisan tanah. Alhamdulilah along dah x merontan dan tak menyerang orang lain.

Lebih kurang 30 minit sesi ruqyah.. last2 aku terdetik hati.. apa sebenarnya punca yang jin ni susah sangat nak lepaskan along.. 

Aku sedarkan along.. aku terus tanya "sewaktu abang menuntut ilmu dulu.. ada tak tok cha tu bg apa2 barang dekat abang"

Hmm rupanya memang ada along ni ambil barang tu.. dan syaratnya along kena perasap barang tu setiap khamis malam jumaat (malam keliwon) aku suruh along balik dan bawa balik barang tu jumpa aku..

Keesokkan harinya.. haa along datang jumpa aku bawa 3 barang yang dia dapat.. aku buka je bungkusan tu amik kau.. satu klinik aku bau bangkai. 

Ada macam janin dalam balang, gumpalan rambut dan yang paling real sekali ada tokong kecik dalam bungkusan tu.

'Pantang larang, tak boleh buka'

Aku direct tanya.. "bang kau ni memang tak pernah buka ke bungkusan ni? Main ambil macam tu je ke?"

Dia jawap pantang larang dia memang dia tak boleh buka.. dan kalau dia mati pun jangan dibuka. Cis teruk brader ni kena cong dengan tok cha

So time tu juga aku mulakan sesi neutralkan balik barang tu.. haa dan2 time tu juga la.. 3 suara muncul serentak merayu jangan pisahkan dorang dengan along.. ciet ingat aku nak heran..

Sambil2 aku baca beberapa ayat dalam surah al jin.. aku tanya jin2 tu.. kenapa nak sangat duduk dalam badan manusia.. tak rasa bosan ke.. dorang kata badan manusia ibarat istana bagi golongan bangsa jin..  apa yang manusia makan mereka dapat rasa benda yang sama

Dorang lebih selesa menetap dalam badan manusia dari menetap ditempat2 kotor dan makan tulang belulang semata2.  Aku pun terkeluar la soalan tak takut pada hukuman ALLAH. Dorang boleh jawab tiada siapa yang menceritakan tentang ALLAH.

Aku pun macam terlebih rajin pula time tu tanya dia.. nak tak aku tunjukkan apa itu islam. Buka kan hijab tunjukkan keberadaan islam. Alhamdulilah bangsa jin dalam badan along menerima islam.

Dan mereka aku pandukan keluar dan aku mohon agar mereka pergi mencari bangsa mereka yang beragama islam utk belajar tentang islam. 

Tapi lepas je keluar muncul pula sekor jin yang bengis marah dekat aku..

Aku baca kan satu ayat yang alquran yang mahsyur yg selalu digunakan perawat untuk menundukkan para jin dan digabungkan pula dengan kaf 40. Alhamdulilah tak sampai dua minit keluar jin yang mengaku jin ifrit tu.

Ingat ya semua.. bangsa jin boleh mengaku siapa pun dia.. jin ifrit la apa la.. tapi dia tidak akan mampu menipu ayat quran.

'Badan Along dah ada ruang untuk jin masuk'

Kisah Ilmu Hitam Dari Siam

Jadi berbalik pada pesakit, aku pulihkan semangat along. Lepas tu aku sedarkan dia.

Selesai rawatan seperti biasa sesi tarbiah bermula.. dan aku masih ingat pesan aku pada along.. "bang, tatu tu kalau dibuang menyeksakan.. bertaubat la sebenar2 taubat.. dan jangan ulangi kesilapan lama. Dan abang kena ingat badan abg dah ada ruang utk kaum jin masuk"

"Cara2 nak tutup lubang2 tu.. perbanyakkan amal ibadah.. rapatkan hubungan abang dengan ALLAH. Perbaiki solat.. in sha ALLAH.. dengan izin ALLAH.. hilang gangguan tu bang."

Lepas sesi rawatan ke dua tu.. along datang buat 3-5 kali lagi utk rawatan susulan.dan dia sendiri ambil amalan untuk rawatan diri dia sendiri. alhamdulilah sekarang along banyak khidmat di madrasah atau di seri petaling. Dan alhamdulilah dengar dia dah berkahwin.

Satu je nak cakap. Nak hebat nak jadi handal kita semua akan mati dan akan dipertanggungjawabkan apa yg kita lakukan dihadapan ALLAH kelak. Jadi berfikir la dengan otak bonak yang ALLAH kurniakan.. jangan menyesal di kemudian hari nanti (dalam kubur baru nk nyesal x guna)

Sumber: @jebat_165

(Kisah Berkaitan: Kisah Saka Warisan)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.