Header Ads

‘Diorang kahwin cara bunian. Angah tidur, hanya roh dibawa ke alam bunian untuk kahwin.’ - Kisah Janda Kepada Seorang Bunian

Kisah Benar Kahwin Dengan Orang Bunian dan Diceraikan Selepas Tersedar

Kita sememangnya percaya dengan kewujudan makhluk ghaib yakni orang bunian. Jika korang ingat, sebelum ini negara kita pernah digemparkan dengan kehilangan seorang budak yang dipercayai telah disembunyikan oleh bunian.

Kes-kes kehilangan budak terutama di dalam hutan sering sahaja dikaitkan dengan orang bunian. Perkahwinan dengan orang bunian juga mungkin saja pernah diceritakan oleh orang-orang tua kepada anda.

Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Jika benar bunian dan manusia boleh berkahwin, mampukah mereka mendapatkan zuriat?

Menerusi akaun Twitter Nurul Scha, dia menceritakan tentang ibu angkatnya yang dilamar bunian bernama 'Adam' dan mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin.

Dengar suara minta tolong

Janda Kepada Seorang Bunian. 100% berdasarkan kisah benar. Nama watak akan aku ubah bagi menjaga aib.

Okay dah boleh start. Bismillah

Angah - janda kepada bunian
Ustazah - org yg ubatkan angah
Adam - suami angah (bunian)

Angah dan ustazah ni mak angkat aku. So jangan pelik mana aku tahuu. Sb aku rapat dengan dorang and dorang kawan mak aku

Angah ni tak kawin. Duk serumah dengan sepupu dia. Sepupu dia pun tak kawin jugak. So ustazah ni ajar dorang mengaji kat rumah angah.

Sampai aku hari tuu. Angah kata rumah dia mcm ada ganguan. Dengar org jalan lah, bunyi guli, cakar atap dan macam macam lagii. So ustazah ni tolong pulihkan. Buang benda tuu lah..

Masa ustazah tu nak buang benda tu. Takde botol kosong nak letak. So ustazah letak dalam cawan and tutup guna plastik. Pastu buang dalam tong sampah. Sampai malam tu ...

Malam tuu, angah dengar tong sampah kena gegar. Mcm ada orang cakar cakar. Mcm kucing cari makanan tuu. Bila dia tengok takde siapa , tong sampah pun elok je takde jatuh ke apa. Pastu..

Angah dengar orang minta tolong pulak. Sayup jee, TOLONG .... Lepaskan aku. Aku tak kacau kau lagii. Tolong....

Pastu angah call ustazah tanya nak buat mcm mana kan. Ustazah kata biarkan jee. Suara tu makin hilang sampai lah kepagi. Lepas tu lori sampah datang angkut sampah dengan hantu hantu tu sekali. Hehe

'Adam datang melamar'

Kisah Benar Kahwin Dengan Orang Bunian dan Diceraikan Selepas Tersedar

Start dari kes tuu lah angah mcm boleh dengar and nampak sikit sikit. Lepas tuu, ustazah datang ajar mengaji kat rumah angah lagi mcm biasa.. Tetiba masa tengah mengaji ..

Yang tengah mengaji masa tu angah je. Maknanya berdua je termasuk ustazah. Tapi bila ustazah suruh angah baca. Ustazah dengar mcm ramai yg tengah mengaji . .

Bila ustazah tengok, ramai mcm team marhaban gais. Semua serba kuning duk mengaji sesama. Ustazah biarkan je sampai habis. Pastu ustazah tanya angah .'dengar tak suara tadii?'

Angah kata 'dengar kak, dah banyak kali sebenarnya.' tapi angah buat tak tahu jee. Sampai satu hari tu . .

Adam datang rumah angah. Adam bagitahu yang dia berkenan dengan angah. Angah kata dia takde apa apa. Dia manusia biasa, dia takde sebelah tangan. (oh lupa, angah ni dia takde sebelah tangan. Terputus masuk mesin kat kilang)

Tapi adam kata takpe. Adam nampak dia sempurna je. Adam tak kisah kalau dia takde tangan pun. Adam ajak angah kawin dan masuk dalam alam bunian.

Tapi angah taknak. Angah kata tak boleh. 'Dunia kita tak sama. Saya ada kehidupan saya sendiri.' tapi adam terus pujuk angah supaya kawin dengan dia. Adam bawak family adam jumpa angah, pujuk angah jugak. (angah je yg nampak dorang, sepupu dia taknampak)

Korang tahu last sekali angah setuju tapi angah bagi syarat . Kalau adam setuju baru angah pun akan setuju. Haaa syaratnya . .

Syaratnya angah taknak masuk alam bunian. Angah nak teruskan hidup mcm manusia biasa. Kalau adam setuju baru angah akan setuju jugakk.

Akhirnya mereka kahwin cara bunian

So adam setuju. Dorang kawin cara bunian. Angah tidur, hanya roh dibawa ke alam bunian untuk kawin. Angah kata meriah. Mcm kita jugak. Mcm orang lama lama zaman saloma dulu

Selesai majlis angah bangun dari tidur macam biasa. Adam akan balik rumah angah setiap 15 hb. Angah kena hias rumah dengan perhiasan kuning.

Hanya angah ke yang boleh ada kat rumah masa adam balik. So setiap 15hb sepupu angah akan balik kampung or keluar lahh. Mmang sepupu dia tahu dan hormati keputusan angah

Ada masa angah akan pergi alam bunian. Untuk jumpa adam dan family adam. Setiap kali nak masuk alam bunian. Angah akan tidur, bila roh dia balik. Dia akan bangun mcm biasa.

Lepas beberapa bulan. Angah rasa tak sedap badan. Dia tak larat, kawan kawan kerja dia tegur kenapa nampak penat. Mcm org mengandung je. Angah dah tak sedap hati..

Angah bagitahu adam yang dia rasa mcm org mengandung. Tapi perut tak buncit pun. Adam bawak bidan dari alam bunian. Bila bidan tu check. Sah angah mengandung anak bunian!!

Kau bayang dari angah mula mengandung sampai nak bersalin. Dia jalan, penat semua lah mcm org mengandung tapi tak nampak. Perut dia biasa jee. Angah pulak jenis kecik je badan dia. Org nampak mcm dia sakit, padahal mengandung 

Adam dan Angah dikurniakan 3 anak

Sampai masa nak bersalin, angah sakit sama mcm manusia biasa. Tapi bidan bunian yg sambut. Angah jaga sehari je. Lepas tu anak dia ikut adam balik alam bunian

Angah bahagia dengan perkahwinan dia . Selama dia dengan adam dia dah ada 3 orang anak. 2 perempuan 1 lelaki. Semua duduk dengan adam. Setiap 15hb dorang semua akan jumpa angah. Berkumpul family gitu lahh

Tapi lama makin lama. Angah rasa tetiba rasa apa yg dia buat tu tak betul. Setelah anak 3 baru sedar gais. Tulah orang kata hidayah milik Allah. Bila Dia nak bagi, Dia bagi 

Angah jumpa ustazah. Bagitahu yg dia dah kawin dengan adam sb tu dah tak panggil ustazah ajar mengaji lagii. Tapi skrg dia rasa tak sedap hati. Dia rasa tak okay apa yg dia buat ni.. Dia minta pandangan ustazah

Ustazah kata mmang tak boleh kawin dengan bunian. Dia bukan manusia biasa. Boleh jatuh fitnah orang keliling. Bahaya nanti

Adam ceraikan Angah

So angah jumpa adam. Bagitahu yg dia tak boleh teruskan perkawinan ni lagii. Sb dah jauh terpesong, boleh jatuh fitnah orang. Adam sedih bila tahu angah nak adam lepaskan dia

Tapi adam kata takpe. Dia faham, so adam ceraikan angah gais. Anak anak duduk dengan adam dekat alam bunian sana. Adam cakap, dorang tetap akan datang melawat angah. Akan tetap ada bila angah perlukan apa apa

So bercerai lah dorang. Angah mula pergi class class agama balik. Dekatkan diri dengan Allah dan orang keliling balik. Pada masa yang sama adam and anak anak dia tetap datang jumpa angah. Hubungan tu tak terputus lahh. Dorang tetap family. Hmm

Alhamdulillah. Harap korang dapat pengajarannya. Kita tak boleh kawin dengan makhluk yang dari alam lain. Walau apa pun alasan kita. Bahagia tu sekejap je tanpa Redha Allah 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.