Header Ads

'Kayu Balak Naik Tung Ma' - Penjelasan Kenapa Pembalakan di Keningau Jadi Punca Banjir di Penampang

Penjelasan Kenapa Pembalakan di Keningau Jadi Punca Banjir di Penampang

Baru-baru ini segelintir rakyat Sabah mentertawakan Shafie Apdal kerana kenyataan yang dikeluarkan olehnya berhubung isu banjir yang melanda Penampang.

Malah, ada yang menggelar Shafie Apdal sebagai Ahmad Maslan Sabah.

Antara persoalan yang tercetus adalah, bagaimana pembalakan di Keningau boleh menjadi punca banjir di Penampang?

Ikuti penjelasan tuntas lagi jelas oleh Roshamidi Bin Roslie di bawah ini.

Kayu Balak Naik Tung Ma

Salam Sejahtera. Banyak post mengenai kenyataan YAB KM Sabah. Pelbagai tomahan, ada yg cakap Kayu balak naik tung ma lah sampai banjir di Penampang.  Saya tertarik dengan kenyataan ini.

Di sini sedikit ulasan mengenai kenyataan ini. (Saya ketepikan soal politik).

1. Banjir berlaku akibat beberapa faktor antaranya Sistem pemparitan tidak betul, Hujan tidak berhenti dan Sistem PEMBALAKAN tidak terancang.

2. Bagi kes banjir yg berlaku di Daerah Penampang baru2 ini, Kesinambungan sistem pembalakan yg berlaku di Keningau ada kesan nya.

3. Apabila sistem pembalakan berlaku, Tadahan dan penyerapan kelembapan udara dijangka menurun sebanyak 20%-50% menyebabkan air hujan tidak tertampung. 

4. Apabila air hujan tidak tertampung, ia akan mengalir menerusi SUNGAI atau parit ya tuan2 puan2. 

5. Pengaliran air yang begitu dasyat menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan tanah rendah tidak semestinya jauh atau dekat, lebih2 lagi Daerah Penampang adalah salah sebuah daerah yang terletak di kawasan tanah rendah. 

6. Mari kita lihat contoh dibeberapa daerah di negeri Sabah. Tenom dan Beufort. Tenom mempunyai empangan air yang sangat besar. Apabila hujan tidak berhenti2, air empangan dijangka naik mendadak. Jika hal ini dibiarkan, Banjir besar akan berlaku di Daerah Tenom yg ada kemungkinan satu daerah Tenom akan diliputi air yg sangat dalam.

Penjelasan Kenapa Pembalakan di Keningau Jadi Punca Banjir di Penampang

Jarak Penampang-Keningau hanya 91.2KM

7. Salah satu cara menghadapi kes ini agar tidak terjadi, air empangan mesti dilepaskan ke sungai yang besar agar mengalir & tidak melimpah.

8. Air empangan itu terpaksa dilepaskan menerusi salah satu sungai yg besar berada di daerah Beaufort iaitu Sungai Padas!

9. Bayangkan betapa jauhnya Tenom dan Beaufort. 125KM ya tuan2 puan2. Yg mendapat kesannya ialah Daerah Beaufort. Walau bagaimanapun, keadaan banjir di Beaufort dapat dikawal. Sana tiada tung ma ya tuan2 puan2, segala Kayu balak mau naik bas 

10. Berbalik kepada Penampang, jarak Penampang-Keningau ialah 91.2KM sahaja itu pun dipisahkan oleh Gunung Mas. 

11. Keningau berada di kawasan tanah tinggi, manakala Penampang dikawasan tanah rendah, bila berlaku sistem pembalakan tidak terkawal di Keningau, tadahan air akan berkurang menyebabkan air mengalir deras melalui sungai. (yg sy maksudkan Tadahan air = Hutan merangkumi pokok2, rumput & sbg)

12. Ditambah lagi hujan tidak berhenti2. Air semakin deras mengalir. Apabila air sungai tidak tertampung, Ia akan melimpah ruah menyebabkan banjir. 

Penjelasan Kenapa Pembalakan di Keningau Jadi Punca Banjir di Penampang

Salah manusia sendiri

13. Pada pendapat saya, Sungai Moyog pun tidak mampu menampung air sebegini. di tambah lagi dengan sistem pemparitan kawasan bandar yg tidak berapa terurus.

14. Akibatnya, berlakulah air melimpah ruah mana yg dari darat atau sungai. Banjir merupakan fenomena yg mengakibatkan berlakunya kerosakan pelbagai harta awam. 

15. Apa punca berlakunya banjir adalah dari manusia itu sendiri yang banyak mengganggu keseimbangan Alam.

16. Kenyataan YAB KM ini ada betulnya, beliau bukan suka2 mengeluarkan perkataan bodoh seperti pemimpin sebelum ini. 

17. Kesimpulannya, janganlah jadi bodoh. Sebelum viral, kaji dulu, banyakan pembacaan, cukup2lah kita ni bodoh, jangan benda remeh begini pun kita xtau. Kita tak boleh cakap TIDAK TAHU pada masa ini, kerana semua info, fakta ada dihujung jari! dari diri sendiri saja mau faham atau tidak.

18. Jadi, jika kenyataan saya ini ada manfaatnya, sy benarkan anda share atau kongsikan kepada mana2 pihak.

#banyakmembaca
#jagakeseimbanganalam
#cintahutan

Salam Kasih sayang
Roshamidi Bin Roslie
Pengarah
MMC SKILLS & TRAINING CENTRE

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.