Header Ads

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Ditemui Mati Gantung Diri

Kate Spade Mati Gantung Diri

Berita sedih buat pencinta fesyen seluruh dunia apabila Kate Spade, ikon fesyen dunia dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi selasa, 5 Jun 2018.

Jenama hasil rekaan Kate sangat terkenal di seluruh dunia malah turut dikenali di Malaysia kerana keunikan dan kualiti yang ditonjolkan. Sumbangan Kate dalam dunia fesyen dan peragaan juga sangat banyak.

Kate Spade Mati Gantung Diri

Apa yang lebih mengejutkan adalah mendiang dilaporkan maut akibat bunuh diri. Mendiang yang berusia 55 tahun itu dilaporkan telah ditemui mati oleh pembantu rumah di kediamannya di Park Avenue, New York sekitar jam 10.00 pagi.

Memetik laporan Astro Awani, mendiang telah meninggalkan sekeping nota sebelum bertindak menamatkan riwayatnya.

Kate Spade Mati Gantung Diri

Belum ada sebarang maklumat mengenai niota tersebut. Sehingga kini, belum ada pihak yang boleh memperincikan apakah isi kandungan nota yang ditinggalkan Kate, sekiranya ia benar-benar wujud.

Jenama Kate Spade merupakan hasil usahanya bersama suami, Andy Spade mula mendapat perhatian pencinta fesyen sekitar 90-an sehingga kini.

Kate Spade Mati Gantung Diri

Antara barangan yang cukup sinonim dengan jenama ini adalah beg tangan, kasut, kacamata, pakaian serta barangan perhiasan.

Sehingga kini jenama berkenaan sudah pun mempunyai lebih 175 outlet retail seluruh dunia. Takziah diucapkan buat keluarga Kate.

Kate Spade Mati Gantung Diri

Kate Spade Mati Gantung Diri

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.