Header Ads

'Jangan Bawa 'Politik Dendam' Sehingga Melibatkan Rezeki Individu Tersebut' - Sulaiman Ibrahim

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Dato Rosyam Nor baru-baru ini dengan bangganya telah merasmikan pembukaan pasaraya 24 jam miliknya yang dikenali dengan nama ST Rosyam Mart. Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja melihat anak melayu ini maju setapak lagi.

Mereka yang telah membeli belah di ST Rosyam Mart memberikan feedback yang sangat positif dan berpendapat pasaraya milik Rosyam itu setanding pasaraya ternama lain.

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Rosyam diboikot kerana sokong umno

Namun, seperti yang kita sedia maklum, di media sosial dahulu pernah tular beberapa kisah termasuk video bagaimana Rosyam menunjukkan sokongan padunya kepada UMNO.

Selepas PRU-14 dan UMNO tidak lagi memerintah, kebanyakan artis-artis yang 'menyokong' UMNO mula diboikot oleh sesetengah penyokong parti yang memerintah.

Bila sebut saja pasal politik, tidak dapat dinafikan perselisihan pendapat kadang kala boleh membawa kepada permusuhan. Namun, perselisihan pendapat itu bukanlah tiket untuk kita tidak menghormati satu sama lain,

Apa yang lebih mendukacitakan adalah tindakan sesetengah penyokong kerajaan baru yang meminta agar ST Rosyam Mart milik Rosyam diboikot hanya kerana beliau penyokong kerajaan lama.

Boikot pasaraya ST Rosyam Mart milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam

Boikot Pasaraya ST Rosyam Mart Milik Rosyam


Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim tidak setuju dengan tindakan ini dan mengingatkan agar penyokong Pakatan Harapan (PH) membuang sifat dendam apatah lagi bila ia melibatkan rezeki dan periuk nasi individu terbabit.

Ikuti luahan Sulaiman Ibrahim di bawah.

Buang sifat dendam

Penyokong Pakatan Harapan diingatkan supaya membuang sifat dendam kepada golongan artis yang tidak menyokong PH dan masih menyokong UMNO. Kita harus menghormati pendirian dan hak orang lain dalam apa jua pilihan.

'Saya tidak bersetuju jika politik dendam terbawa2 dalam saluran media sosial sehingga melibatkan rezeki individu tersebut'.

Sebagai seorang artis, mereka juga berhak memilih seperti apa jua parti yang mereka rasa terbaik untuk mereka. 

Hormati orang lain dan orang lain akan menghormati kita walaupun berbeza politik.

Politik hanyalah bersifat sementara dan ianya penuh dengan pancaroba keduniaan semata-mata. Kita membawa Islam rahmatan lilalamin dimana ianya meliputi keseluruhan aspek. 

Saranan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh Perdana Menteri dan semua pimpinan PH bahawa kita perlu reform keseluruhan pentadbiran tidak bermakna kita memulaukan golongan artis yang menyokong UMNO.

Biarkan mereka dengan sokongan mereka dan kita harus menberi galakan dan dorongan dalam apa jua bentuk kebajikan yang ada bagi membantu golongan golongan artis lebih maju kedepan.

Terbaru, Dato Rosyam Noor diviralkan dalam media sosial supaya jangan menyokong pasaraya yang baru dibukanya oleh kerana beliau adalah penyokong tegar UMNO, ini satu sifat dan akhlak yang tidak baik ditonjolkan.

Kembali kepada perjuangan sebenar dengan membawa islam yang ramah dan membuat pendekatan islam yang menyeluruh.

Saya faham ramai penyokong masih berfanatik dalam sesuatu isu terbawa2 sifat amarah , tetapi janganlah sampai menghukum dan menyekat pintu rezeki orang lain oleh kerana perbezaan ideologi. 

Rezeki itu datangnya dari Allah, Allah juga menguji kemenangan kita .

Membawa akhlak dan tunjukkan tauladan yang baik kemungkinan Allah menambahkan lagi kemenangan kita dari Pakatan Harapan hingga ke PRU15, 16 dan seterusnya.

SULAIMAN IBRAHIM/LRL
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.