Header Ads

'Takkan Tak Boleh Transform Anak Tu Jadi Elok Sikit?'

Cik B Dikritik Selekeh, Ini Luahan Dato Vida

Dato Seri Vida (DSV) merupakan usahawan selebriti yang peramah dan sering menghiburkan peminat dengan gelagat lucunya dan gelak tawanya yang lain dari yang lain.

DSV kini sering berkongsi momen-momen indahnya dengan anak perempuan kesayangannya yang dikenali Cik B. Segala aksi kelakar Cik B sering saja dikongsikan ibunya di Instagram.

Baru-baru ini, DSV telah melancarkan video muzik lagu 'Lavida Raya' dan ia menjadi trending nombor 1 di Youtube. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Dek kerana penangan lagu 'Lavida Raya' tu la DSV dijemput untuk menyanyi dalam satu rancangan hiburan. Turut sama hadir adalah Cik B dan Kacak.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Cik B yang dilihat agak selekeh dan pakaiannya agak ketat. 

Mereka berpendapat, sebagai anak seorang Diva dan jutawan, Cik B seharusnya kelihatan kemas dan bergaya. Berikut merupakan kritikan netizen.

Am I the only one rasa Cik B tu selekeh?

Cik B Dikritik Selekeh, Ini Luahan Dato Vida

Kritikan itu akhirnya sampai ke pengetahuan DSV dan beliau menjawab kritikan itu dengan tenang. 

Menurut DSV, pakaian Cik B nampak ketat sebab anaknya itu memakai baju dua lapis. Tambahan pula, Cik B tak berapa suka muncul di kaca TV.

Luahan DSV
Cik B Dikritik Selekeh, Ini Luahan Dato Vida

Namun, bukan semua netizen yang mengkritik penampilan anak perempuan DSV itu. Ada juga yang memberi kata-kata sokongan buat gadis berusia 12 tahun itu. Berikut antara kata-kata galakan buat Cik B.

Cik B masih muda

Cik B Dikritik Selekeh, Ini Luahan Dato Vida

Amboi korang, kemain lagi kutuk budak 12 tahun ye. Macam la korang dulu masa budak-budak tak comot. Nanti Cik B dah matang, tahu la korang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.