Header Ads

Cara WIN Penjaga Gol Tunisia Nak Bagi Pasukannya Berbuka Puasa

Penjaga Gol Tunisia Pura-pura Cedera

Tindakan Mouez Hassen, penjaga gol Tunisia ini mendapat perhatian dunia apabila beliau berpura-pura cedera demi memberi peluang ahli pasukannya berbuka puasa.

Taktik bijak itu dilakukan oleh Mouez semasa perlawanan persahabatan menentang Portugal dan Turki yang berlangsung di Rusia.

Penjaga Gol Tunisia Pura-pura Cedera

Mouez dengan tiba-tiba telah merebahkan badan di separuh masa kedua yang membuatkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika sementara pegawai perubatan datang untuk melihat keadaan beliau sekali gus memberi bantuan kecemasan.


Dalam kesempatan itu, ahli pasukan lain bergegas lari keluar padang mengambil masa berharga itu untuk berbuka puasa dengan air dan kurma.

Hanya mengambil masa selama 6 minit untuk berbuka puasa dengan menjamah kurma dan meneguk air, Tunisia berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

Penjaga Gol Tunisia Pura-pura Cedera

Mouez sekali lagi melakukan aksi tersebut 4 hari kemudian semasa perlawanan menentang Afirka utara di mana beliau melakukannya pada minit ke-49. Tambah menarik, perlawanan turut seri 2-2.

Penjaga Gol Tunisia Pura-pura Cedera

Perlawanan yang berlangsung pada bulan Ramadan itu membawa tuah kepada pasukan Tunisia selepas layak ke kejohonan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika.  

Tunisia bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 18 Jun 2018 nanti.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.