Header Ads

Budak Raver Isytihar Perang Terhadap Aeril Zafrel dan Penjelasan Kenapa Raver Tiba-tiba Trending

Budak Raver Isytihar Perang Terhadap Aeril Zafrel

Antara selebriti yang paling sporting dan 'alert' isu semasa termasuk hal-hal mengenai rakan selebriti dan segala isu yang trending adalah Aeril Zafrel.

Tindakan Aeril yang dilihat cuba 'menceburkan' diri dalam bidang raver membuatkan ramai netizen terhibur apatah lagi tindakannya itu disokong oleh Ayahanda Raver, Uchu atau lebih dikenali sebagai Uchux Raver.

Aeril nak jumpa budak Raver

Budak Raver Isytihar Perang Terhadap Aeril Zafrel dan Penjelasan Kenapa Raver Tiba-tiba Trending

Mesti korang pelik, kenapa Raver tiba-tiba trending tahun 2018 ni kan. Sedangkan, ia telahpun wujud sejak tahun 2015 lagi. Budak-budak Raver sendiri pun pelik kenapa mereka tiba-tiba popular.

Antara lejen yang paling dikenali budak-budak Raver adalah Uchu. Dialah 'penggerak' dan hanya dia yang mampu menundukkan dan menyatukan budak-budak Raver semalaya.

Untuk pengetahun korang semua, budak-budak Raver sebenarnya telahpun dikenali dan trending sebelum ini namun tindakan bijak mereka berselindung dan merahsiakan pergerakan mereka membuatkan mereka semakin hampir dilupakan.

Namun, segalanya berubah apabila pesanan kelas Raver tersebar melalui group 'Raver Boek Dancer' sehingga sampai ke pengetahuan umum dan rata-rata netizen 'berminat' untuk menyertai kelas tersebut.

Ia 'diburukkan' lagi apabila terdapat banyak page-page di Malaysia yang turut sama 'berminat' untuk menceburkan diri dalam bidang Raver dan menyertai kelas tersebut.

Kelas latihan Raver

Budak Raver Isytihar Perang Terhadap Aeril Zafrel dan Penjelasan Kenapa Raver Tiba-tiba Trending
Kewujudan akaun parodi Uchux Raver juga menghangatkan lagi keadaan walaupun Uchu sebenar dilaporkan telahpun menghilangkan diri dan duduk dalam gua kerana terlalu malu untuk bersua muka dengan orang ramai.

Pelbagai spekulasi telah timbul tentang Uchu dan ahli group 'Raver Boek Dancer' kini bertambah dari hanya 25k dan kini mencecah 115k. Kebanyakan ahli yang menyertai group tersebut 'sangat berminat' dengan tarian Raver.

Jom kita lihat gelagat Aeril nak join Raver dan bagaimana beliau mendapat kepercayaan Ayah Uchux Raver dan sampailah beliau kantoi dan dimusuhi budak Raver.

Aeril Zafrel nak jumpa Uchux Raver


Aeril Zafrel kantoi


Aeril Zafrel perang dengan budak Raver


Event berbuka puasa bersama Ayah Uchux Raver


Kesimpulan

Sehingga kini, group 'Raver Boek Dancer' dihujani dengan kecaman-kecaman netizen yang sakit mata melihat 'tarian sotong' budak-budak Raver.

Ramai yang menganggap kewujudan dan trendingnya budak-budak Raver adalah suatu ancaman kepada remaja masa kini. 

Namun, ia sebenarnya adalah hiburan semata dan penularan aksi-aksi mereka adalah sebagai amaran kepada budak-budak Raver atau mereka yang ingin mencuba untuk tidak lagi merakam dan melakukan aksi sedemikian.

Tonton Persembahan Raver Paling Stailo


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.