Header Ads

Baru Sekarang Ramai Perasan Kemunculan Azmin Ali Dalam Muzik Video Raya

Muzik Video Raya Azmin Ali

Seperti yang kita ketahui, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah abang kepada pengacara lagenda Azwan Ali. Namun, sejak dua menjak ini hubungan mereka dilihat kurang baik mungkin kerana masalah keluarga.

Namun, air dicincang tak akan putus. Mungkin 'pergaduhan' mereka hanya di laporan media. Namun, tidak di kehidupan sebenar. Siapa tahu kan?

Muzik Video Raya Azmin Ali

Terbaharu, netizen terkejut melihat kelibat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia itu dalam satu video muzik raya yang direkodkan pada tahun 80-an.

Dalam video itu, turut kelihatan ibunya, Arwahyarhamah Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.

Muzik Video Raya Azmin Ali

Azwan Ali bawa Jamal ke rumah

Muzik video raya nyanyian Jamal Abdillah itu menampilkan Azmin Ali segak berbaju melayu berwarna merah. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana sebelum ini ramai yang tak perasan beliau adalah bekas Mneteri Besar Selangor.

Ada juga yang mengatakan mungkin adik beliau, Azwan Ali yang mempelawa Jamal untuk membuat penggambaran video muzik raya di rumah mereka.

'Salam Aidilfitri' nyanyian Jamal Abdillah


(Baca: Sultan Dan Tengku Permaisuri Turut Sebak Saat Azmin Ali Berucap Sebagai Menteri Besar Selangor Buat Kali Terakhir)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.