Header Ads

Azmin Ali Tak Mampu Menahan Sebak Ketika Berucap Sebagai Menteri Besar Selangor Buat Kali Terakhir

Ucapan Terakhir Azmin Ali

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memegang jawatan Menteri Besar Selangor selama 4 tahun selepas menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 23 September 2014.

Selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memegang tampuk pemerintahan, Azmin antara yang disenaraikan Tun Dr Mahathir sebagai barisan menteri kabinet.

2 Jun 2018 lepas adalah hari yang paling menyedihkan buat rakyat negeri Selangor apabila Azmin Ali akhirnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Berucap buat kali terakhir, Azmin tidak mampu menahan sebak dan akhirnya mengalirkan air mata. Kesedihan itu turut dirasai Sultan Dan Tengku Permaisuri.

Azmin telahpun menjalankan tugas secara rasmi sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 22 Mei lepas selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Tidak dapat dinafikan, sungguh banyak kenangan Azmin bersama Selangor. Rasa cintanya terhadap negeri Selangor dan rakyatnya sangat mendalam.

Selangor diiktiraf sebagai negeri paling maju di Malaysia adalah antara bukti sumbangan dan pembangunan yang selama ini diusahakan oleh beliau.

Dalam ucapan yang penuh kesedihan itu, Azmin berkata:

"Patik bersyukur diberikan peluang untuk menabur jasa dan bakti kepada rakyat di bawah payung kebesaran Tuanku. Namun, setiap yang baharu, pasti ada akhirnya.

Setiap yang bemula ada penamatnya. Itulah lumrah alam dan hukum di kehidupan maya pada ini.

Sepanjang hayat patik, belum pernah patik berdepan dengan dugaan seberat ini untuk membuat pilihan. Selangor adalah hati dan nurani patik, negara pula adalah jiwa dan sanubari patik."

Ucapan Terakhir Azmin Ali

Semasa Azmin menyampaikan ucapannya, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut sebak dan menitiskan air mata.

Video Ucapan Terakhir Azmin Ali


(Baca: Azmin Ali Pernah Muncul Dalam Muzik Video Raya)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.