Header Ads

Ali Banat: Dari Jutawan Suka Berfoya-foya, Allah Uji Dengan Kanser Dan Mati Dengan Darjat Tertinggi

Kisah Ali Banat

Untuk pengetahuan anda, Ali Banat adalah seorang pemuda beragama Islam yang berasal dari Sydney, Australia,  di mana suatu ketika dahulu beliau hidup dalam kemewahan sehingga hanyut dengan dugaan dunia.

Harta dunia juga merupakan ujian yang diberikan Allah kepada hambaNya. Sehinggalah tiga tahun lepas, Ali disahkan menghidap kanser. Ia merupakan dugaan yang sangat besar bagi dirinya sehingga beliau tiada semangat untuk hidup.

Namun, Ali cuba meyakinkan dirinya bahawa ia hanyalah ujian dari yang maha Esa. Allah tidak akan memberi ujian di luar kemampuan seorang hamba.

Ali akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi seluruh harta kekayaannya kepada orang lain dan keputusannya itu mengejutkan semua pihak termasuk kaum kerabat dan sahabat handai.

Siapa Ali Banat?

Kisah Ali Banat

Ali Banat mula dikenali melalui satu video di Youtube, Gifted With Cancer di mana beliau telah menubuhkan yayasan tabung derma, Muslim Around The World (MATW) untuk umat muslim yang dilanda kesusahan di seluruh dunia, 

MATW telah berjaya mengumpul dana sebanyak £589, 243 (RM 3,116,760) sejak 30 Mei. Dijangka yayasan tersebut mampu meneruskan kutipan derma yang lebih tinggi dari masa ke semasa.

Kisah Hidup Ali Banat

Kisah Ali Banat

Ali merupakan seorang jutawan Muslim yang tinggal di Australia. Dia seperti kebanyakan jutawan lain, mempunyai kehidupan senang hasil daripada perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

Di dalam satu video, Ali membenarkan jurukamera merakam suasana di dalam bilik tidurnya yang sangat mewah. Di dalam bilik tidur itu terdapat kasut berjenama Louis Vuitton milik Ali berpasang-pasang, satu-satunya jenama kasut yang dipakainya dan gelang bernilai £33, 945 (RM 179, 549). 

Tidak dilupa kereta mewah miliknya, Ferrari Spider bernilai £339, 237.50 (RM 1, 794, 373, 57).

Namun sebaik sahaja dia didiagnosis dan disahkan menghidap kanser, Ali Banat menyedari segala kekayaan yang dimilikinya sudah tidak beerti apa-apa.

''Apabila kamu mengetahui bahawa kamu sedang sakit dan tiada masa yang banyak untuk hidup, ini (kerja amal) adalah sesuatu yang kamu akan kejar. Dan itulah yang sepatutnya kita lakukan setiap hari,'' kata Ali Banat.


Menurut Ali, doktor memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa selama 7 bulan sahaja. 

Namun dia bersyukur kerana Allah mengizinkannya untuk hidup selama tiga tahun lagi. Maka, tiga tahun yang dilanjutkan itu dia penuhi dengan berbuat kebaikan.

Apa itu MATW?

Kisah Ali Banat

MATW, organisasi yang diasas Ali Banat dan telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Ali Banat sendiri, secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.

Kisah Ali Banat

Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Ali Banat akhirnya meninggal dunia

Kisah Ali Banat

Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya ketika maghrib pada 29 Mei lepas. Dari seorang jutawan yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.


''Untuk kebanyakan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang 'melahirkan' dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,'' kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat anda yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah.

Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ali Banat: Gifted With Cancer


Sumber: Siakap Keli

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.