Header Ads

Al-fatihah, Razan Annajaar Syahid Saat Melakukan Tugas

Razan Annajaar Syahid Saat Melakukan Tugas

Razan Asyraf Annajaar atau lebih dikenali sebagai Razan Annajaar merupakan seorang gadis berusia 21 tahun yang menyertai team sukarelawan medik yang bertugas untuk merawat pejuang Palestin yang berjuang untuk menyelamatkan Gaza.

Namun, Razan Annajaar akhirnya terkorban apabila beliau ditembak Sniper Zionis. Kementerian Kesihatan Palestin menegaskan Sniper Zionis tersebut sengaja menembak mangsa.

Razan Annajaar Syahid Saat Melakukan Tugas

Razan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat bersamaan 16 Ramadan 1439 Hijrah (1 Jun 2018) saat cuba untuk menolong seorang pejuang yang tercedera.

Menurut sumber, peluru Sniper Zionis terbabit telah hinggap di dada Razan.

Razan Annajaar Syahid Saat Melakukan Tugas

Kementerian Kesihatan Palestin turut melaporkan Razan terkorban ketika dia bersama rakannya berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan selepas tentera Israel menghalang kereta Ambulans mendekati sempadan di Khanyunis Timur.

Selain Razan yang menemui ajal, puluhan yang lain cedera akibat luka tembakan angkara tentera Israel dalam perjuangan Kepulangan Akbar di perbatasan timur khan Younis, Jalur Gaza selatan.

Lebih 100 warga Palestin telah terkorban sejak demonstrasi diadakan pada 30 March lepas. Angka terbesar adalah pada 14 Mei lepas apabila 61 orang rakyat Palestin tumpas dalam demonstrasi memprotes pembukaan duta AS di Jerusalem.

Al-fatihah buat semua pejuang.

Razan Annajaar Syahid Saat Melakukan Tugas

Video temuramah Razan Asyraf Annajaar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.